Thursday, 6 May 2021

Mee goreng

 24 Ramadhan 1442 Hijrah

Sejuk je cuaca pagi ni. Banyak tempat diselubungi kabus. Dah 2 malam berturut-turut hujan. 

Saya keluar jogging juga, pagi ni.

Dari kiri: Saya dan Ezan

Larian sejauh 10.77 km pagi tadi. Alhamdulillah. Syukur Allah bagi nikmat berlari.

Selagi boleh keluar lari ni, saya keluar je la. Esok lusa, kita tak tahu. Satu, satu, kawasan kena PKP. Bila PKP, dah tentu tak boleh keluar daerah. Tak boleh jogging di kawasan rekreasi. Kalau nak lari pun, solo, di kawasan kejiranan. Eh, ye ke? Saya pun dah lama tak baca SOP untuk sukan dan rekreasi semasa PKP. Kenapa dia tak buat serentak je, satu Malaysia, senang cerita? Motifnya, tak nak bagi kita beraya je kan. 🙈


Mee goreng di atas adalah hidangan berbuka puasa kami sekeluarga, semalam. Seperti biasa, mee goreng letak fish cake dan udang, takde sayur. Kalau ada sayur, anak-anak tak makan. Cerewets, kan... lepas tu, untuk sahur, ada sedikit nasi sejuk dalam peti ais. Saya buat nasi goreng. Jadi, sahur pagi tadi, makan mee goreng separuh, nasi goreng separuh. Hehe.. kadang-kadang, takde selera makan nasi putih. 

Lepas lari pagi tadi, saya pergi ke pasar. Saya beli 2 ekor ayam. Hari ni, cadangnya nak masak sekor, buat lauk sahur. Kenapa lauk sahur, dan bukan lauk berbuka? Sebab mee goreng dan nasi goreng bersahur pagi tadi masih ada, boleh perangat untuk berbuka hari ni. Hehe... apeke makan sikit benor sekarang ni. Sekali masak, boleh bertahan 2-3 hari. Makan cinonet je. Lepas tu, makan kueh macam karipap, kentang goreng, dan ayam gunting beli tepi jalan. 

Baiklah. Sampai sini saja buat kali ni.

Jumpa lagi, ye. 😊

20 comments:

  1. sebab da beli kuih2 dan ayam gunting tepi jalan.. tu laa tak banyak makan yang dimasak hehee berlari di kawasan rumah jak laa kita kak heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Diyanieee, kuih-kuih makan banyak pulak.
      Kawasan akak di Perak ni, masih PKPB. Boleh lagi lari di tempat rekreasi. :)

      Delete
  2. Mee goreng pun sudah cukup untuk saya berbuka..

    ReplyDelete
  3. 2 3 hari ni kerap hujan. Sejuk sikit. Itulah kan kak, satu satu kena pkp nak raya ni. Sajeee je kan.

    Saya pun naik jemu makan nasi putih. Pernah juga masak mee goreng untuk berbuka dan sahur. Senang :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun selera makan memang jatuh, makan sedikit. Sama 1 hidangan boleh bawa 1-2 hari. Senang tumpu doa pada ketika hampir berbuka atau sahur.

    ReplyDelete
  5. Makin hari saya nampak Nur tambah kurus!
    Samalah dengan saya Nur, sahur pun kadang-kadang goreng nasi lebihan berbuka, panaskan balik mee hoon yang tak habis. lagilah bila tak banyak orang di rumah, sahur simple dimple jew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah, Amie. Badan saya sama je. Baju main peranan juga, hitam nampak lagi kurus. :D
      Kan Amie, kan... makan je apa ada, simple sudah.

      Delete
  6. Sama kak nur, saya pun dah jemu makan nasi putih tiap hari, tapi kalau tak makan, tengah malam lapar perut pulak jadi terpaksa lah makan jugak hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu la dia, Atiqah. Makan juga kan, walau takde selera. Nanti lapar pulak.

      Delete
  7. Wak kalau berbuka puasa mesti cari nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak samalah macam suami saya, mesti ada nasi. :)

      Delete
  8. kat rumah dana pun sama kak, sekarang petang mesti hujan, kalau tak petang malam atau pagi sebelum subuh tu hujan... sejuk je rumput pun seronok semakin tinggi naiknya..
    mee goreng akak sangat simple, kalau dana rasa tak lengkap kalau takde sayur dan tauge heheheh... tapi itulah kalau letak anak tak makan kang susah jugak kan kak, maklum kita masak nak dia makan

    dana kalau masak untuk berbuka sekarang pun sikit-sikit je, kalau masak mee atau mehun sebungkus comfirm beri pada jiran-jiran tinggal cukup-cukup untuk kami bertiga je hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Akak pun teringin letak macam-macam sayur, tapi apakan daya, kita nak anak makan.

      Delete
  9. menu mee goreng juga 2 hari lps utk berbuka husband masak..btul tu kalau ada sayur anknya dok gigih asing tp nk wat camne kena ltk sayur juga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. rajin suami mama tisya masak. :)

      Delete
  10. Replies
    1. Boleh tahan sedap, ray. Walaupun simple, takde sayur. :)

      Delete