Tuesday, 4 May 2021

Pelari siput

 22 Ramadhan 1442 Hijrah.

Sarung kasut dan keluar. Jangan fikir apa-apa. Bila start fikir tu la, macam-macam alasan keluar. 😅 Just Do It! Bak kata kasut Nike.

Pagi tadi, saya keluar jogging seperti biasa.

Dari kiri: Saya, Amy, Zura dan Ezan

Alhamdulillah, sempat lari sejauh 9.45 km dengan sahabat lari, Ezan. Sebelum buat regangan habis lari, jumpa adik-adik, Amy dan Zura, group selfie. Abadikan kenangan. Satu hari, kita akan kenang hari ni. Sebuah kisah klasik untuk masa depan. Geng the Running Makciks. 

Pertama kalinya, jam sukan saya mati, sebelum saya sempat tekan save. Dia cuma display, Critically low battery, sebelum off sendiri. 

Jam mati

Balik rumah, saya cucuk charger, dan on. Dia save rupanya, larian pagi tadi. Pandai jam Garmin ni. 

Hari ni, saya buat kueh siput.

Bahan-bahan kueh siput

Saya sediakan doh. Lepas tu, bawak depan tv. Gelek siput dengan suami.

Siput belum masak

Suami saya laju tenyeh siput ni. Dia dah biasa buat sejak kecil, tolong mak dia masa di kampung. Siput adalah satu lagi kueh raya yang saya biasanya buat setiap tahun, selain semperit.


Dapat 1 1/4 balang. Alhamdulillah. Kalau rajin, boleh buat lagi. Tengok keadaan, bila free. 

Ok lah. Jaga diri, jaga family kita. Kita jaga kita.

Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. Hi kak Nur..
    sekarang ni pun saya da start lari da sebelum berbuka puasa heheee

    salam ramadhan buat kak nur dan sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Diyanieee...
      Yay! Kipidap, ye! Berusaha!
      Salam ramadhan untuk Diyanieee dan keluarga juga. ^_^

      Delete
  2. Bagusnyaaaa suami kak nur tolong tenyeh siput jugakkk. Lagi cepat siap kerja kan kak nur bila buat berdua ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Atiqah. Suami akak lagi laju dari akak. Hehe..

      Delete
  3. Rajinnya buat kuih raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la rajin mana, NA. Kalu buat sendiri, dapat lebih, dapat isi masa juga.

      Delete
  4. Wak dah jarang2 melaikan diri.
    Kecuali lembu terlepas terpaksalah kejar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. baik-baik kejar lembu tu, wak. :D

      Delete
  5. Bagus jam garmin tu. Berbaloi beli jam mahal kak. Comel comel kuih siput akak. cantik betul kejadian dia. Saya tak pernah buat. kalau saya ni bentuk dia entah lari kemana, macam macam rupa ada. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jam subsidi je, Fizah. Akak tak mampu beli. Alhamdulillah, dapat merasa pakai, orang sedekah.
      Hehe.. akak dulu pun tak pandai juga. Dia kena praktis. Lama-lama ok. Tenyeh je atas papan dia tu, guna ibujari. Nescaya menjadi. :)

      Delete
  6. Orang rumah saya pun ada jam Garmin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. orang rumah encik fairus pun runner juga, ye?

      Delete
  7. dana plan nak buat siput hujung minggu nanti kak, pastu nak ajak adik dtg umah buat sama2... mujurla kami duduk apartment sama kalau idak payahla nk bergerak udah pkp 6hb nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus idea tu, Dana. Buat 2 orang, cepat siap siputnya. Selamat ber-pkp ye, Dana.

      Delete
  8. my favorite kerepek ni, kuih siput !!!!! tapi susah kan nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil masa lama, Atie, lagi-lagi kalau buat sorang. Nak kena tenyeh sebiji, sebijik. :)

      Delete
  9. Wah handal..bln puasa pun berlari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba, encik Kang Latep. Alhamdulillah.

      Delete
  10. Terkenang tenyeh kuih siput waktu malam lepas belajar mengaji dengan arwah bapa. Waktu itu suka tolong mak buat kuih raya. Kuih siput antara yang wajib ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan tak dapat lupa kan, Amie. Tolong mak buat kueh raya. :)

      Delete
  11. sedap kuih siput..krup krap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza... bila makan, susah nak berenti. :D

      Delete