Wednesday, 12 May 2021

Rendang ayam

 30 Ramadhan 1442 Hijrah.

Ramadhan dah nak berlalu pergi. Sejujurnya, saya sedih, tau. Saya rasa, kualiti amal saya tahun ni adalah yang paling kurang sekali. Nak cakap ke, tak nak? Nak cakap ke, tak nak? Tapi, kalau apa yang saya cakap ni, boleh dijadikan iktibar oleh orang lain, saya cakap je la, ye. 

Pada kaum isteri yang nak pakai apa-apa kaedah merancang keluarga, janganlah pakai dekat-dekat nak masuk bulan puasa. Kaedah merancang keluarga? Kan ada banyak, yang mana satu? Maksud saya ialah, implanon. Bila pakai, dia punya datang bulan tu, banyak hari, tau. Dari segi perubatan, memang normal, kebanyakan isteri yang pakai implanon, period dia akan jadi lebih banyak dalam 3 bulan pertama selepas pakai. Tengok badan masing-masing la ye. Ada orang, tak datang period langsung. Ada orang, 3 bulan pertama, period tak henti-henti. Sekali datang, sampai berbelas-belas hari. Ada jugak yang berlanjutan sampai 6 bulan. Sampai 7 bulan, kalau period banyak lagi, boleh la pergi tempat kita pasang implanon tu, dia boleh bagi ubat untuk stop period. Time tu, kalau nak buka semula implanon pun, dia akan buka, sebab tandanya implanon tu tak sesuai dengan badan kita. Banyak bulan dalam setahun. Jadi, pilihlah bulan selepas bulan puasa. Sedih tau, sebab tak dapat posa banyak hari. Ruginya... tak tau tahun depan kita dapat jumpa ramadhan lagi ke, lagi satu, nak ganti puasa yang tinggal banyak hari tu, jenuh, wei... Inilah peringatan jujur datang dari hati saya, kepada isteri-isteri di luar sana, ye. Harap maklum. Sabar dan redha. Sabar dan redha. Apa-apa berlaku, pasti ada hikmahnya.

Hari pertama PKP seluruh negara hari ni. Saya pergi jogging.

Ezan kiri dan saya, di belakang

Kami jogging jaga SOP. Kawan saya jogging belah kanan jalan, saya belah kiri jalan. Sambil bercakap, lepas tu, tak dengar kawan cakap apa. Sebab kawasan tepi jalanraya, ada kala, terjerit-jerit supaya kawan tu boleh dengar. Lepas tu, gelak. Hehehe... kelakor, tau. Dia bagi jogging pun ok dah. Kita ikut je la SOP diberi, jaga jarak. Selfie pun, saya dok jauh kat belakang. 7.68 km hari ni. Alhamdulillah.

Balik jogging, saya pergi cari santan segar. 2 kedai saya pergi, dua-dua orang beratur sampai ke jalanraya. Pergi jauh sikit, baru jumpa satu kedai takde orang. 

Balik rumah, saya buat rendang ayam. 


Huh, macam tak menarik je gambar rendang saya di atas. Ha, saya buat berkuah, sebab nak makan dengan nasi berbuka ni. Saya masak nasi beriani. Hehe.. 😋

Ok la ye.

Jumpa lagi. Selamat merendang, selamat rebus ketupat, selamat masak lemang dan selamat la segala-galanya.

Jumpa lagi. 😊

14 comments:

  1. jogging berdua kena jg SOP..saya pun merendang jg..dah rebus nasi impit..

    walaupun PKP, raya tetap dirai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu, nohas, rendang dengan nasi impit. :)
      Betul tu. Hidup mesti diteruskan.

      Delete
  2. Saya pun dah tak sabar nak makan rendang ni.. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, encik Fairus. Maaf zahir batin juga.

      Delete
  3. Juadah raya mesti ada rendang.
    Selamat menyambut 01 syawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, wak. Hidangan wajib, rendang tu.
      Selamat hari raya, wak.

      Delete
  4. Implanon, pertama kali dengar. Memang rugi lah kalau tak berpuasa bulan Ramadan ni. Kita cuti ABC pun rasa tak sabar nak habis, nak berpuasa. Bagus kak ikut SOP. harini semua barang nak buat rendang terlajak laris. Rendang rupa tak berapa tak apa janji sedap dimakan :)

    Selamat Hari Raya kak. Maaf jika ada salah dan silap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fizah. Apa nak buat, kena hadap je la. Pengalaman mengajar kita. Alhamdulillah, rasa rendang boleh tahan, walaupun rupa dia tak berapa lawa. Hehe.. Selamat hari raya, Fizah. Sama kita ye, minta maaf atas salah silap akak.

      Delete
  5. Alamak banyaknya tinggal puasa. Ada rendang ayam tapi dapat. Banyak makanan dapat dari kampung sebelum puasa.
    Hehe tahun ini kurang ganti puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, best tu, tak payah masak, sebab orang bagi ye.
      Untungla NA, kurang ganti puasa. :)

      Delete
  6. Sedapkan makan rendang berkuah. Dia punya bahan-bahannya tu yang naikkan aroma dan rasa. Lagilah kalau dapat cecah dengan ketupat atau lemang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Amie. Tak lengkap raya kalau takde rendang. :)

      Delete
  7. Sedapppnya rendang! First raya haritu makan rendang dengan ketupat, jiran bagii hehehehe.

    ReplyDelete