Monday, 17 May 2021

Sahur solo

 5 Syawal 1442 Hijrah.

Bangun pukul 4 pagi. Mandi. Tahajud. Masuk dapur, goreng nasi.


Nasi goreng simple je, tumis bawang merah dengan cili kering. Campak fish cake, pecah telor sebiji. Ada lebihan daging 3-4 ketul dari gulai daging masak hari sebelumnya, pun campak juga. Buat hidangan sahur.

Lepas makan nasi goreng, rasa macam nak makan lagi. Saya perangat sekeping gardenia wrap dalam microwave, dalam 40 saat, dan saya letak serunding.


Salad kat rumah dah habis. Lipat-lipat wrap, dan ngap, makan. Alhamdulillah. Ni la masalahnya bila lepas buat half marathon, perut rasa lapar. Semalam dah bakor seribu lebih kalori. 

Saya sorang puasa hari ni. Suami kerja. Dan bila dia start kerja, dia akan kerja, tak habis-habis. Contohnya hari ni, saya sahur sorang, buka puasa nanti pun sorang. Huhu... 

Lepas Subuh, saya keluar jogging. Puasa puasa pun lari juga?

Saya slow-slow je hari ni. Recovery run. Dengan kak long. 

Dari kiri: Kak Long, saya, Kak Nyah dan Ezan

Saya jogging berdua dengan kak long, sementara Kak Nyah dengan Ezan. Bila berdua, senang jaga jarak. Kalau berempat, dia jadi makcik bawang, satu jalan akan di-conquer-nya. Hehe... tak boleh, tak boleh, jadi kami pecah 2. Waktu selpiaq je, kami kumpul sat. Lepas tu, balik.

Hari ni, saya jogging sejauh 7.74 km. Alhamdulillah.

Balik rumah, saya masuk dapur. Masak rendang daging berkuah. Suka biar kuah banyak, nak buat lauk, makan nasi. Lagipun, boleh colek roti kalau tak nak makan nasi.

Selamat berpuasa, kepada pembaca yang sedang berpuasa sunat syawal dan yang qado puasa juga. 

Jumpa lagi, ye. 😊

26 comments:

  1. Awal tu kak nur bangun. Saya bangun sahur pukul 5. Sahur makan roti dan minum air suam je. Masak rendang berkuah ni macam macam boleh dicolek. lagipun nak panaskan senang juga dia berkuah dah kan. tak lah kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kena goreng nasi bagai, tu suka bangun awal. Makan boleh rileks-rileks, dan melantak kueh raya lagi, waktu sahur. Hehe.. ye la Fizah, kalau kering, cekik, nak makan dengan nasi.

      Delete
  2. kuah rendang yg sedap..gaul dgn nasi..perghh..

    ReplyDelete
  3. Slmt ganti n sahur sunat nur..

    ReplyDelete
  4. Saya belum mula berpuasa 6 lagi.. Harap² tahun ni terbuka hati nak berpuasa 6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terbuka pintu hati Encik Fairus untuk posa 6. Dia punya reward, macam puasa setahun, encik.

      Delete
  5. Hari ini terakhir puasa qada'.
    Esok puasa sun at
    Selamat berpuasa Nur.

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa kak nur!
    Saya soon follow kak nur ganti puasa hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Atiqah.
      Ye la, Atiqah pun kerja kan. Takpe, buat bila mampu.

      Delete
  7. Tahniah dah start puasa syawal

    ReplyDelete
  8. Selamat berpuasa kak, dana ada juga niat nya tp lpskan cuti-cuti seminggu ni dulu baru boleh puasa ganti dan puasa nam insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Dana. Dana juga ye nanti, selamat berpuasa. :)

      Delete
  9. wah jogging juga ye bila puasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba, mama tisya. Alhamdulillah.

      Delete
  10. Alhamdulillah. Meh kita temankan puasa.
    Sementara badan masih ringan selepas sebulan berpuasa, elok sambung puasa ye Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, Amie.
      Saya tak puasa hari-hari, Amie. Isnin dan Khamis je. Harap berterusan sampai lepas syawal.

      Delete
  11. nasik goreng macam ni yang jadi pemangkin sahor ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza... you are absolutely correct, uncle. Hehe...

      Delete
  12. kalau saya malas amat nak lari sekarang..badan pon makin berat..buat weight lift je sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat weight lifting pun bagus juga, anakdenesor. Nanti toned je body kita. :)

      Delete