Wednesday, 5 May 2021

Saya yang dulu

23 Ramadhan 1442 Hijrah

Semalam hujan lebat, dengan angin kuat. Takut jugak. Saya tertidor awal, lepas tu terbangun pukul 10 malam. Teringat ada sebiji buah mangga dah masak dalam peti ais, terus potong. Makan dengan suami. Masa tu, hujan tak berenti lagi.

Pagi ni, sejuk je. Saya keluar jogging.

Dari kiri: Kak Nor, Zura, saya dan Ezan

Berlari sejauh 10.44 km hari ni, bersama Ezan. Alhamdulillah. Sempat selfie dengan Kak Nor dan Zura. Kak Nor dalam gambar di atas, adalah idola saya. Umur Kak Nor dah 56 tahun, tapi masih kuat jogging di bulan puasa. Dia buat paling kurang, 10 ribu langkah sehari. Sihat sejahtera, dan bagi saya, dia seorang yang cantik luar dan dalam.

Saya mula jogging pada tahun 2014. Masa tu, saya lebih banyak berjalan. Kejap fast walk, kejap jalan santai. Saya tak mampu berlari tanpa henti sejauh 1 km atau 0.5 km. Bahkan lari tanpa henti antara 2 tiang lampu pun, saya tak mampu waktu tu. Tapi satu je kekuatan saya, saya jenis konsisten. Saya jalan je. Kaki lenguh. Tapi besok, saya keluar jogging lagi. Masa tu, saya ada follow sorang kakak ni. Sebab kita slow, kita kena pilih sorang yang lebih laju dari kita, dan jadikan dia pacer. So, kita cuba lah kejar dia. Masa tu, saya tak tahu yang nama kakak yang saya selalu jadikan pacer tu, adalah Kak Nor. 

Hari ni, saya boleh berlari dengan Kak Nor. Setelah 7 tahun berlalu. Jadi, pada anda yang nak putus asa sebab tak boleh lari, janganlah putus semangat ye. Makan tahun nak bina stamina. Nak naikkan endurance body kita. 

Kredit foto: Penganjur We Run Lumut 2015

Cuba tengok, gambar saya paling kanan. Depan jurugambar, acah-acah lari. Tapi sepanjang event tu, saya berjalan je. Masuk kategori fun run, 5 km. Event lari pertama saya join. BMI saya masa tu, obese class 1.

Besar tak saya dulu? Hehe..

Niat saya berlari, adalah untuk sihat. Sebab masa tu, saya ada masalah tiroid. Simptom dia tu, ganggu kerja harian saya sebagai seorang ibu dan isteri. Selain tu, saya ada masalah asma juga. Inhaler cepat habis. Selalu pergi klinik 24 jam, ambil nebulizer. Satu hari, saya fed-up la, asyik sakit je. Jadi, saya ambil keputusan untuk sihat dan kuat. Hari-hari saya jogging, kecuali hujan. 

Banyak tau, rintangan yang dilalui. Berkokok (batuk-batuk semput) sepanjang lari itu adalah biasa. Tapi esoknya, jogging lagi. Sapu minyak panas kat betis hari-hari, sebab lenguh. Cubalah mana mampu. Dulu sehari, cuma mampu berjalan paling jauh 3 km. Lama kelamaan, saya tambah jarak. Dan saya cuba lari. Saya cuma pakai free running app, boleh download dari google playstore. 

 Niat nak sihat. Doa banyak-banyak. Usaha. Jangan putus asa. Peduli cakap orang. Yang kenal badan kita, hanya kita. Tak larat, sudahlah, balik. Esok, sambung lagi.


Dulu berat saya pernah capai 75 kg.

Sekarang, berat saya 53 kg. Alhamdulillah. 

Tahun lepas saya berjaya capai BMI normal. 6 tahun punya usaha. Slowly but surely. Nasi tetap makan. Suku-suku separuh. Saya tak pergi gym pun. Kadang saya buat yoga. Kadang saya jump rope. Tak makan supplement atau ubat kurus, sebab saya on medication tiroid sampai akhir hayat. Tapi saya paling suka lari la. Lagi-lagi kalau dapat lari kat padang rumput, peh... best giler, rasa macam kuda pun ada, seronok, dapat lari di padang rumput yang luas. Lari adalah terapi jiwa saya. Hilang segala tension dan masalah bila saya dapat lari. Saya tak peduli sangat pasal pace tu. Laju-laju, nak pi mana?

Pilihlah sukan yang anda minat. Kita semua tak sama. Dan konsisten lah dalam sukan tu.

Takde sape boleh ubah diri kita, kecuali kita sendiri. Berusaha! 

Saya harap, dapat sedikit sebanyak bagi semangat pada pembaca sekalian yang ada niat nak jalani hidup lebih sihat. 

Eh, saya lupa share, larian pagi tadi, melayakkan saya dapat lencana berikut, dari aplikasi Strava.


Sudah selesai cabaran 10 km di bulan Mei. Yay! Alhamdulillah.

Oklah. Jumpa lagi ye. 😊

24 comments:

  1. Tulisan yang penuh unsur motivasi. Betul tu Nur, hanya kita yang kenal diri kita sendiri. Paling saya suka dengar, Nur usaha bertahun-tahun amalkan gaya hidup sihat, konsisten dan tanpa rasa putus asa. Usaha Nur sangat berbaloi, danh hasilnya sangat cantik. 75 turun 53! Saya belum berjaya ke arah berat badan ideal, tapi saya tetap usaha perlahan-lahan, ikut kemampuan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berdoa, Amie juga dapat capai berat badan ideal satu hari nanti. Takpe, pelan-pelan kayuh, ikut kemampuan kita. Insya-Allah. :)

      Delete
  2. Last sekali saya masuk event berlari di Sabah sebelum Covid. Tahun 2019 sempena Hari Muzium Antarabangsa di Sabah.. Hihi, masa tu rasa nak call grab je angkat bawak balik ke penamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... berapa km tu, encik?
      Entah bila la kita dapat merasa masuk event lari semula. Banyak yang dah batal.

      Delete
  3. Last saya berlari kak nur, dalam acara merentas desa sekolah mas form 5 hehehe. Kuat semangat kak nur ye, saya kagum! Saya yang keding ni tak berapa kuat nak berlari. Cepat semput. Jogging boleh lah slow slow hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuii, lama dah tu, Atiqah, zaman sekolah. Hehe..
      Slowjogging pun ok dah Atiqah. Buat mana kita mampu.

      Delete
  4. Alhamdulillah..dapat BMI normal..akk pun obese..kena mulakan exercise ni..feeling motivated..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Yay! Marilah kita berusaha! ^_^

      Delete
  5. Terbaik Kak Nur. Automaticallly jadi sumber inspirasi pembaca. Bukan mudah tapi bak kata akak, slowly but surely :) Beza, memang berbeza dulu dan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Akak cuba. Alhamdulillah.

      Delete
  6. kecik ja kak Nur ni.... and looks healthy

    ReplyDelete
  7. Hehe nampaknya kena buat balik jalan kaki. Lari memang bukan minat saya. Tidak pun jalan tempat-tempat menarik yang banyak pokok hijau, alam srmulajadi cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga tu, NA. Aman damai je, jalan di tempat banyak pokok.

      Delete
  8. byk turun berat tu..truskan berlari

    ReplyDelete
  9. Lain nya muka nur dulu & skrg hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mata ok, Ako, sekarang dah rabun. Faktor usia. :D

      Delete
  10. Replies
    1. Ye la wak, "ku yang dulu, bukanlah yang sekarang". Apa kabor si Tegar tu sekarang, mesti dah besar budaknya.

      Delete
  11. hebatnya kak nur.. semoga lepas ni saya pun start konsisten da berlari macam dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak biasa-biasa je, Diyanieee. Alhamdulillah.
      Diyanieee pun boleh juga, Insya-Allah. Kipidap, ye!

      Delete
  12. dana nak jadi mcm akak, kene tingkatkan usaha... cumanya kadang masa mencemburui heheheh tapi insyallah lps raya ni akan mula semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay! Dana pun boleh buat juga. Kena cari masa, untuk diri sendiri. You can do it, Insya-Allah. :)

      Delete