Tuesday, 11 May 2021

Selamat ber-PKP

 29 Ramadhan 1442 Hijrah.

Banyak hari juga saya tak update blog, sejak hari Sabtu. Huhu... meh kita tengok apa yang berlaku.

Hari Sabtu lepas, saya pergi jogging juga.


Belasah sampai 11.29 km. Tapi pace siput. Hehe... Alhamdulillah.
Keesokannya, hari Ahad, kita pergi lari lagi.


Selfie dengan Puteh, budak bulu yang ngada-ngada sangat. Nyampesss... hari Ahad, kita lari 10.04 km.

Larian hari Ahad, saya dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Sudah melepasi 50 batu berlari di bulan Mei. 50 miles bersamaan 80 km.

Pada hari Isnin pula, kita pergi lari jugak. Hari-hari juga lari. Orang giler lari.


 Lanyak sampai 12 km. Sebab keluar awal pagi sangat, jadi dapat lebih kilometer. Alhamdulillah.

Dari aplikasi Strava, saya dapat lencana berikut pada hari Isnin.


Jarak larian bulan Mei sudah melebihi 100 km. Ok ler tu... 

Saya tahun ni, tak rasa pun nak beli baju raya. Tapi, ada sorang kawan saya, telah belikan saya baju raya, tau. Huhu... terharu saya. Rezeki jangan ditolak. Baju dress, muat saya pakai, tapi labuhnya, menyapu lantai.

Kain panjang menyapu lantai

Nak hantar kedai alter, kedai dah tak terima. Jadi, saya pun alter la sendiri. Saya bukan tukang jahit professional. Tapi kalau setakat jahit lencana anak sekolah, boleh la. Saya reti jahit lurus je, guna mesin jahit tu. Saya pun tetas la bahagian renda bawah kain tu.


Dah jadi pendek pula dress tu, kena pakai seluar kat dalam. Jadi, saya pasang la balik bahagian renda seperti asal, cuma saya cantum 2 inci lebih atas.

Ok ke idok? Hehe.. 
Masih labuh, tapi takde la sapu lantai sangat, kan. Lagi bila keluar, kita pakai kasut, tinggi la sikit jadinya kain tu. 
Susah giler nak cantum balik bahagian renda bawah tu. Jenuh saya semat dengan jarum peniti, pastu buka balik. Sebab kain dah la besar dan kembang. Udah macam Zur Eda nyanyi lagu Lama tak Jumpa, boleh kibas-kibas kain gitu. Itu pasal la saya tak update blog. Bila free je, saya usahakan kerja alter dress ni. Pengsan akak!

Pagi tadi, saya pergi lari juga.


Lari sejauh 10.78 km. Alhamdulillah.
Lepas lari, saya pergi TF. Masih awal waktu tu, belum buka. Tapi, orang ramai dah beratur dah depan pintu TF. Haha... hadoiii... esok dah start PKP kan. Panic buying ke apa ni... tak tahulah saya...

Selamat la ye. Bertabahlah kita semua. Saya sudahi entri ni, dengan mesej saya dapat dari whatsapp.



Kikiki....

Saya memang ada hajat nak lari pakai baju raya. Tapi tak tau bila. Petang raya ke, atau raya kedua. Tapi, takdela pergi berlari ke rumah orang. Hehe..

Jumpa lagi ye.. 😊

20 comments:

  1. Ala puteh senyumlah sikit hahaha

    ReplyDelete
  2. Justeru itu, bagi sesiapa yang nak beraya, sila berjoging ke kampung halaman masing-masing. Tapi jangan ziarah, cuma singgah saja.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. pengsan la, jogging balik kampung. :D

      Delete
  3. Alhamdulillah..rezeki Syawal..dapat baju raya..

    best gak jogging pakai baju raya..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nohas.
      Hehe.. tu ler, saya pun teringin. Tapi takut gak, kang polis tangkap, sebab ingat kita nak beraya. :D

      Delete
  4. Hehe lawak pula tengok gambar.
    Apapun syukur ingat nikmat tahun ini dapat tarawih. Tidak tahu ramai ke tidak orang malam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dapat terawih, kan, tak macam tahun sudah. Tapi esok tak dapat la solat raya. 50 orang je.

      Delete
  5. awwww Puteh so cute!!!
    best gila dapat lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteh tu control macho je kerjanya.
      Alhamdulillah, dapat lari. :)

      Delete
  6. Hahaaa gigih nur jahit buka baju tu.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, tak puas hati, Ako, tu yang cuba dan cuba lagi tu. :D

      Delete
  7. Putehhh tuu ikhlas ke tak selfie tu HAHAHAHA. Masam betul mukanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la muka Puteh tu. Manjang control macho je, Atiqah.

      Delete
  8. Lari tetap lari gitu. Jangan lari jauh sangat kak nur. hihi..alhamdulillah rezeki ada aorang bagi baju. Ape de hal labuh, akak pandai jahit. Tak dapat bayangkan lari pakai baju raya. hahaha..habis semua orang berlari pagi raya pakai baju raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la, Fizah. PKP ni, segan nak lari jauh-jauh, kang polis ronda.
      Hehe.. Alhamdulillah..

      Delete
  9. Assalamualaikum sis! wah masih semangat berlari. seperti kegigihan sis jahit balik bahagian bawah dress tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah, semut senyum.
      Takde la gigih mana pun, cuba je la. :)

      Delete
  10. Selamat berPKP 3.0 Nur.
    Kita hanya mampu berdoa setelah kita berusaha mematuhi SOP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Amie. Semoga covid cepat berlalu pergi.

      Delete