Thursday, 13 May 2021

Selamat Hari Raya

 1 Syawal 1442 Hijrah.

Selamat hari raya.... kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian. 😊 

Saya tak pergi lari hari ni. Cuti. 

Pagi-pagi, saya potong kek lapis Sarawak, yang kakak tengah saya pos dari sana. Dia kerja cikgu kat Kuching. 


Cantik corak keknya. Ada rasa strawberry pun ada.

Semalam saya ada masak rendang ayam, kan. Makan rendang dengan nasi briyani.


Semalam suami saya keluar cari lemang, dapat 2 batang. Alhamdulillah... selain makan dengan rendang ayam, ada serunding dari Kelantan, yang dipos oleh keluarga suami.

Dari kiri: Bang Long, Bang Su, saya, suami saya dan Bang Ngah

Beraya di rumah. Lepas bermaafan antara kami sekeluarga, apa lagi... amik gambor ler...

Apa dah jadi ni... Saya dah jadi yang paling pendek dalam gambar. Anak-anak dah meninggi... Hehe...


Suami dapat berhari raya sama kami kali ni. Tahun lepas, suami saya bekerja di hari raya. Alhamdulillah. Syukur dan gembira dengan apa yang ada. 


Macam ni la peel masing-masing. Ntah sorang kat belakang tu, suka buat benda pelik bila amik gambor. Bila kecik, lain perangai, dah besar, lain pulak kehendak masing-masing. 

Semoga hari raya anda semua adalah hari yang ceria. Walaupun sedih tak dapat balik kampung, jumpa orang tua, percayalah... semua ni ada hikmahnya. Fikir yang baik-baik sajalah. 

Selamat hari raya semua...

Jumpa lagi ye.. 😊

26 comments:

  1. Alaaa! Nask biryani! Pos la kat sini!

    Maaf zahirn batin Nur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Maap zahir batin juga, uncle. :)

      Delete
  2. Jauh kek lapis datang.
    Haha pelik gambar.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la NA, dari Kuching.
      Selamat hari raya, NA. Maap zahir batin. :)

      Delete
  3. Pohon pandan tumbuh melata,
    pohon serai hidup merumpun;
    jari disusun maaf dipinta,
    silap dan salah moga diampun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, pantun ye, encik fairus.
      Kejap ye, akak balas.

      Ingatkan hujan, rupanya taufan,
      Hingga tumbang pokok bunga raya,
      Samalah kita bermaaf-maafan,
      0-0 di hari raya.

      Hehe..

      Delete
  4. Wah kumbang semua yea...kena tambah bunga tu...selamat berhariraya musim pkp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kilang dah tutup, encik Kang Latep. Hehe..
      Selamat hari raya juga, encik. :)

      Delete
  5. Salam lebaran buat Nur sekeluarga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Ako. Maap zahir batin ye.

      Delete
  6. Selamat hari raya Nur..maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, nohas. Maap zahir batin juga. :)

      Delete
  7. Salam lebaran 1442 H
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, wak. Maap zahir batin.

      Delete
  8. Replies
    1. Ye, Ai.
      Rezeki Allah bagi, 3 anak lelaki. Alhamdulillah. :)

      Delete
  9. Selamat hari raya kak nur dan keluarga. Maaf jika ada salah dan silap. Sedapnya kek lapis. Untung dapat dari sana terus. Meriah raya dengan anak anak. Biasalah tu macam macam pesen posing ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita ye, Fizah. Maaf atas salah silap akak, selama kita kunjung-mengunjung di blog ni.

      Delete
  10. Nur... kita sama!
    Dalam gambar sayalah paling rendah hahahahaha!
    Alhamdulillah dapat berkumpul bersama di pagi raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki... apa nak buat, kan, Amie. Anak-anak membesar dengan jayanya. Alhamdulillah. ^_^

      Delete
  11. selamat hari raya..kek lapis sarawak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, mama tisya.
      Memang sedap, hehe..

      Delete
  12. Selamat hari raya aidilfitri kak nur dan keluarga!
    Ampun dan maaf dipinta andai kata ada terlanjur bicara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga untuk Atiqah. Maap zahir batin ye.

      Delete
  13. Salam 11 Syawal Nur.
    Raya tetap raya kan hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Mrs. A. Betul tu, maap zahir batin ye.

      Delete