Rumusan larian Jun

 19 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Sampai kita ke hari terakhir bulan Jun. 

Dah separuh tahun dah kita. Pembaca semua macamana? Ada bagus ke? Kalau tak bagus pun, buat-buat bagus la. Kita adalah apa yang kita fikir dan percaya. Bersyukur, masih ada bumbung lindung kita dari panas dan hujan. Bersyukur, kita cukup makan dan pakai. Bersyukur kita ada gajet dan line internet, boleh update blog, dan berbual dengan kawan dan family tak kira lokasi di mana. Bersyukur kita masih sihat untuk buat kerja. Bila rasa sedih, buatlah senarai syukur kita, daripada fikir apa yang kita kurang. Syukur, Alhamdulillah.

Pagi tadi, saya jogging di kejiranan. Hujan rintik, tapi saya keluar jogging juga. Hujan turun 5 minit macam tu, lepas tu berhenti. 


Larian kejiranan pagi tadi adalah sejauh 10.87 kilometer. Sebenarnya, lebih jauh, tapi jam saya mati lagi. Saya tak caj jam saya, sebab masih ada 2 bar bateri. Saya suka tunggu 1 bar, atau 0 bar, bila jam keluar notifikasi low bateri, baru saya cucuk charger. Tapi tengok-tengok, mati juga dia. Takpe la tu. Kadang saya rasa lebih free lari takde jam ke, takde telefon ke. Jadi macam orang dulu-dulu. Lari je. "Larilah, hai kudaku... , Larilah, ayuh lari... ," Eh, keluar lagu Sharifah Aini pulak. Kepala ada sedikit ting-tong, banyak minum kopi. 

Gambar kopi suami saya beli. Saya suka minum kopi, walaupun lepas minum kopi, jerawat akan keluar keesokannya. Dulu saya tak macam ni, tau. Tak tau kenapa dah tua-tua ni, kopi buat kulit saya keluar breakouts. Atau mungkin saya kurang minum air masak. Sebab bila saya lari, saya berpeluh sampai lenjun baju, tapi tak cukup minum air semula, untuk gantikan air yang hilang. Atau mungkin saya stress. Atau mungkin kulit saya berminyak sebab banyak berpeluh. Entah lah. Tapi apa pun, sejak minum air kunyit, jerawat saya dah kurang. Dulu lagi besar-besar dan sakit jerawat. Sekarang kalau dia keluar pun, waktu bendera jepun naik dan jenis kecil-kecil. Kena lebih minum air masak. Ingatan untuk diri saya sendiri.

Dah sampai akhir Jun, mari kita tengok rumusan larian bulan ni.


Banyak rongak. Bukan setiap hari saya berlari. Isnin dan Khamis, kalau saya tak uzur, saya puasa. Hari puasa, saya bercucuk tanam saja di rumah atau buat yoga.

Rumusan larian Jun

Purata larian dalam sehari: 8.3 kilometer

Jumlah jarak larian Jun: 247.7 kilometer

Purata larian dalam seminggu: 61.9 kilometer

Jumlah kalori terbakar: 13, 241

Alhamdulillah, atas nikmat berlari dan sihat. Saya dah tak kejar jumlah mileage dah macam dulu. Ikut la mana saya mampu. Tapi bulan Jun ni, ada sedikit gila. 3 kali saya buat half marathon. Kalau tak, sebulan sekali je saya buat. Itu bila saya lari hari-hari. Tapi bila saya rehat dan puasa, saya dapati badan saya ada lebih tenaga. Itu yang saya layankan kaki, tengok-tengok boleh sampai half marathon. Betul lah orang kata, rehat itu adalah salah satu element penting juga dalam latihan berlari. Tak perlu beriadah hari-hari. 5 kali seminggu dah cukup, dengan setiap sesi sekurang-kurangnya setengah jam.

Suami saya cuti hari ni, sebab dia ada appoinment hospital, check kaki dia. Alhamdulillah, semua ok. Doktor test kaki, tarik kaki, ke depan, ke belakang, semua ok, di posisi sepatutnya. Lepas tu, balik hospital, dia beli roti dan kopi dari kedai roti yang dia singgah. Pastu, dia cakap, banyak roadblock. 

Rupanya, dengarnya, ada orang nak buat rusuhan bantah kerajaan sekarang ye. Suruh keluar, bawa banner atau tulisan 'kerajaan gagal', di seluruh pejabat kwsp seluruh negara. Ish, ish.. apa nak jadi ni. Nanti orang yang suruh keluar tu, hahahihi jadi menteri, orang yang keluar, kena tangkap masuk lokap. Tak tahulah nak cakap apa. Semoga Allah lindungi kita semua. 

Semoga baik-baik saja.

Jumpa lagi ye. 😊

Juadah berbuka, sijil dan half marathon lagi

 18 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Suami ada beli nasi kukus ayam goreng berempah. Ada 2 bungkus tak habis, simpan dalam peti ais. Anak-anak ni, selera deme unpredictable. Kadang makan banyak. Kadang takde selera makan nasi. Saya pun boleh jadi macam tu juga. Kadang rasa nak makan roti je bila lapor. Nasi kukus ayam goreng berempah tu, dibungkus sekali dengan ayam goreng. Ayam goreng berempah ni, dia ada habuk-habuk gorengan (*habuk-habuk gorengan? Apa ke bendanya habuk gorengan tu? Ala, apa orang panggil tu ye, perapan dia tu, ada rasa jintan, serai, tepung yang salut ayam tu, bila deep fry, dia lekang dari ayam goreng) tu kan, itu yang buat sedap makan nasi kukus tu. Bila simpan dalam peti ais, nak perangat nasi tu, saya olah jadi nasi goreng. Saya tambah sotong, jadilah nasi goreng sotong. 


Ini adalah juadah berbuka puasa saya dan suami semalam. Di samping itu, ada juga lauk sampingan lain, iaitu...


Atas kiri, ayam goreng kecik frozen seketul, 2 ketul ayam goreng berempah, telor dadar tinggal kecik tu. Atas kanan, sambal belacan. Bawah kanan, sambal goreng jawa. Suun je tinggal banyak, tauhu dan tempe dah tinggal berapa ketul. Bawah kiri, gulai kosong.

Alhamdulillah. Masa suami nak balik kerja, dia tanya, nak beli apa-apa lagi tak? Saya cakap, tak payah, sebab dah cukup lauk. Tengok-tengok kak Ngah saya, yang duduk kejauhan di Sarawak tu, order foodpanda, deliver ayam goreng McD kat rumah saya.


Tengahari sebelum tu, kak Ngah saya minta tolong, nak test buat kuiz kat google meet. Dia cikgu. Kami pun masuk la beramai-ramai buat quiz. Seronok, tau! Kalau pdpr ni, cikgu buat kuiz seronok camtu, best jugak. Takde la student bosan. Lepas tu, boleh bincang soalan yang salah. Belajar sesuatu kat situ. Anak-anak saya terer betul. Kuiz English. Abang Su dapat nombor 1, diikuti Abang Ngah, dan Abang Long, dan mama last sekali. Mama otak dah karat. English tahun 6. Hahaha... hadiahnya, dapat makan ayam goreng.


Budak-budak ni bila ada ayam goreng mcD, tak layan nasi goreng mama masak. Kecuali Abang Long je makan. 

Ok la. Tu cerita juadah berbuka. Bila saya buka email, saya dapat sijil dari virtual run yang saya sertai. Hmm.. lebih kepada cabaran jalan, sebab dia kira langkah dalam cabaran ni. Berikut sijilnya.


Saya pun dah lupa tau, tentang cabaran ni. Sebab saya dah uninstall aplikasi BookDoc. Tapi baru-baru ni, saya install balik, sebab saya dah buang Instagram dari telefon saya. Instagram tu, saiz dia besar sangat. Telefon saya pula, telefon lama, zaman tok kadok. 
Sijil Penyertaan Petronas walk4trees Virtual Run. 

Cerita hari ni pula, pagi tadi, saya buat half marathon lagi. Kali ketiga, dalam bulan Jun ni.


Ni namanya, kena sampuk hantu lari. Sebab cuaca hari ni mendung. Sayang kalau tak dimanfaatkan. Saya lari tak pakai topi pun. Sampai kilometer ke-18, hujan pun turun. Tapi, hujan rintik. Hujan kecik-kecik. Sampai saya habis half marathon, hujan masih turun. Alhamdulillah. Seronok. 
Gambar masa saya tapau burger monster kat Restoran 21 Grill, Manjung. 

Half marathon hari ni, saya berjaya renew rekod peribadi saya untuk 5 dan 10 kilometer.


5 kilometer.
Rekod lama: 37 minit 05 saat
Rekod baru: 35 minit 21 saat

10 kilometer
Rekod lama: 1 jam 16 minit 54 saat
Rekod baru: 1 jam 15 minit 16 saat

Syukur, Alhamdulillah.
Seronok, sebab dapat main hujan juga. Sejuk, berangin. Sebab dah lama tak hujan kan, panas membahang selama ni. Jadi bila hujan hari ni, rasa nikmat giler, dapat main hujan. 😁

Itu je la cerita kali ni.

Jumpa lagi, ye. 😊

Monday yoga

 17 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Bangun pagi. Sahur dengan suami. 😊


Sahur nasi goreng dengan milo secawan. Ada goreng pisang sikit, perangat yang semalam. Banyaknya nasi saya. 

Saya tak keluar lari hari ni. Lepas suami pergi kerja, saya siram pokok. Lepas tu, buat yoga sekejap.


Yoga selama 34 minit. 

Gambar adalah tempat saya ber-yoga. Sebelah basikal statik yang suami beli. Tidak lupa, nota yoga pose, dan yoga block.


Gambar adalah contoh beberapa yoga pose yang saya buat hari ni. Tahun lepas ada yang rasa susah. Sekarang sudah rasa ok, boleh buat. Pada pendapat saya, yoga adalah kombinasi strength training dan regangan. Rasa lega bila habis buat.

Kena sentiasa ingatkan diri sendiri, yang hari ni puasa. Kerja kita pun melibatkan kawasan dapur. Bila buat air kunyit, nasib baik tak ngap sebiji kurma masuk mulut. Faktor usia.

Semoga urusan anda semua hari ini dipermudahkan.

Saya ada baca di Utusan Online, cakap status PKP diumum esok. Kes pun hari-hari 5 ribu. Hai, entahlah. Tapi dengarnya, kedai makan dah boleh buka dari 6 pagi sampai 10 malam. Ye ke? 

Jumpa lagi, ye. 😊

Lari banyak, makan juga banyak...

 16 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Semalam hari Sabtu. Saya keluar jogging di kejiranan, seperti biasa. 


Semalam, lari sejauh 14 kilometer. 

Gambar adalah pokok yang mati. Dekat pekan Lumut ni, berdekatan jeti nak ke Pangkor. Pokok ni, seingat saya, dah ada waktu saya kecik kot. Dah mati. Bila lalu naik kereta, perasan yang pokok ni dah tumbang. Mungkin dah tua. 

Cantik pemandangan. Ikutkan, nak je duduk tepi laut tu lama-lama. Tapi tak boleh.

Larian hari Sabtu, membolehkan saya dapat lencana berikut dari aplikasi Strava.


Sudah melepas jarak 200 kilometer berlari di bulan Jun. Alhamdulillah.

Balik lari hari Sabtu tu, teringin nak makan lauk lain dari kebiasaan. Jadi, saya masak sambal goreng jawa.


Terpedas pulak rasanya. Cili kering saya letak 10 biji pun dah pedas. Ikut resepi dalam buku je. Kadang-kadang tu, bosan juga makan lauk yang lebih kurang sama. Lama dah tak buat sambal goreng jawa ni. Tapi, tak letak kacang tanah. Hehe.. guna apa yang ada. Tempe, tauhu, suun.

Tu cerita semalam.

Cerita hari ni pulak, hari Ahad.

Saya pergi lari di kejiranan juga, pagi tadi.

Kebiasaannya, saya masak sebelum keluar jogging. Tapi hari ni, hari Ahad, cuti la masak. Suami kata, dia belikan sarapan sebelum dia pergi kerja nanti.


Larian hari ni adalah sejauh 12.21 kilometer. 

Gambar adalah nasi kerabu, yang suami belikan untuk saya. Cuba korang tengok, camana nak turun berat badan, kalau nasi macam ni punya banyak? Huhuhu...

Ok la ye.

Saya pun tak tau nak cerita apa lagi. 

Bila dia nak buat pengumuman PKP sambung ke tak? Macam dah bosan je. Lama tak keluar daerah. Hai, sabor je la.

Jumpa lagi, ye.

😊

Larian Jumaat dan selesai masalah

 14 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Sekejap je, dah hari Jumaat.

Pagi tadi sebelum keluor jogging, saya masak nasi goreng.


Daging masak hitam yang tak habis semalam pun saya campur masa goreng nasi. 

Lepas Subuh, saya jogging di kawasan kejiranan.

Lari punya lari, jam saya mati. Habis bateri. 


Jam simpan data larian, sampai sebelum dia mati. Walaupun saya tak sempat tekan butang save. 

Larian hari ni yang jam simpan, adalah sejauh 11.07 kilometer.

Saya rasa, saya lari lebih kot, mungkin 12 km. Tapi, tak kisah la tu. 

Google search console email, dia kata, 3 issues berkaitan blog saya dah selesai. Berjaya dibaiki. Yay!


Berkaitan issue tulisan terlampau kecik untuk dibaca, dah settle. 

Lagi satu issue, clickable elements too close together, dah settle.

Viewport not set to device width, pun dah settle.

3 masalah, fixed! 

Alhamdulillah. Berbaloi saya mengadap code html, tukor template baru. Hehe...

Baiklah. 

Semoga hari anda ceria-ceria selalu.

Jumpa lagi, ye. 😊

Mobile usability issues la pulak

 13 Zulkaedah 1442 Hijrah

Alkisah, si google search console email saya lagi, ada 3 issue la pulak, berkaitan mobile usability. Blog kita ni dibaca dan dibuka oleh pembaca menggunakan pelbagai gajet, bukan saja komputer, kebanyakannya guna handphone atau tablet. 

Blog saya ni masalahnya, bila buka guna handphone, google search console cakap, tulisan terlampau kecik, view blog tidak di-set mengikut device width dan element yang boleh di-click letak terlampau dekat. Pulak... macam-macam, kan.

Oleh itu, saya pun carilah template blog percuma yang responsive. Saya berharap pembaca dapat baca blog ni selesa dan dengan jelas, mengikut apa saja alat yang digunakan dan blog dapat dipaparkan mengikut saiz skrin anda dengan baik. Mengikut laman di mana saya download template percuma ni, template ni automatik boleh adjust lebar dan saiz element di blog saya ni, mengikut saiz skrin anda, gitew.

Harap selesailah masalah yang di-email oleh google search console ni. Siapa yang masuk blog saya semalam, akan perasan haru biru, lintang pukang semua kedudukan gajet yang ada di sini. Maap lah. Saya semalam buat sampai mabuk-mabuk la, mengadap skrin, meng-edit html. Poning kepala eden ni ha.. camano nak buat menu atas tu. Semalam tido dalam keadaan mabuk. Hari ni sambung balik mengadap html, baru jadi. Hehe... 

Takpe la template sempoi tak lawa pun, asalkan pembaca boleh baca dengan jelas.

Jom cerita pasal larian pulak.

Semalam hujan tau kat rumah saya, waktu pagi. Jadi, saya cuma lari dalam rumah sahaja.


Larian atas treadmill semalam adalah sejauh 5.45 kilometer sahaja.

Gambar adalah buah mempelam. Semangkuk! Share dengan suami. Makan camtu je. Tak payah kuah rojak, tak payah cicah asam bagai. Makan buah secara semulajadi.

Tengahari camtu, saya pi masuk dapur sat, tengok pisang dalam sesikat tu, ada yang kuning. Saya amik yang kuning, saya celup tepung dan goreng.


Tahukah anda, bahawasanya saya tak pernah goreng pisang seumur hidup saya? Ya, serius, saya tak tipu. Selama ni, saya makan goreng pisang sebelum ni, semuanya saya beli. Tunggu orang sedekah pisang dari kebun kat saya, barulah saya cuba nak menggoreng ni ha. Itupun, pakai tepung pisang goreng adabi je ha.

Habis, kau! Laku. Eh, ingat ke, anak tak makan. Cokodok, dia makan ler. Rupanya pisang goreng pun dia layan, yang tepung krak kruk krak kruk tu, rangup, habis dia kutip. Alhamdulillah. Orang memberi, kita merasa. Semoga murah rezeki orang sedekah pisang kat kita.

Tu cerita semalam.

Pagi ni, saya keluar jogging. Cuaca baik.


Jogging di kawasan kejiranan hari ni, adalah sejauh 12.77 kilometer. Pace siput je, santai-santai tengok rumah orang, tengok pokok bunga orang. Hehe.. bau orang goreng ikan kering, bau sabun cuci baju, bau ayam goreng berempah, semua bau ada...

Balik jogging, selfie sekeping, kat tempat lepak petang-petang.

Tu je la cerita buat kali ni.

Selalu hari Khamis, saya off jogging, sebab puasa. Apakan daya, bendera jepun dah naik. Takde rezeki nak posa hari putih.



Baiklah, jumpa lagi, ye. 

😊

Lari, makan, repeat.

 11 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Hari Jumaat lepas, kawan jogging saya ajak pergi kebun dia. Saya pun ikut la. Pergi kebun tau. Bukan pergi rumah. Kang kena kecam pulak, covid covid berkunjung ke rumah orang. Dia kesian kat saya, orang bandar yang tak pernah masuk kebun. Kikiki... saya bawa balik banyaaaaaaaak buah mempelam. Sampai entri ni ditulis, ada lagi buah mempelam dalam peti ais saya. Sekali kupas, 5-6 biji. Pastu terus cerry berry. 😆 Masa kait buah mempelam, dia terpukul sarang kerengga, habis kerengga jatuh dari atas pokok macam hujan. Bertempiaran saya lari. Nasib baik saya kuat lari. Bukan satu pokok je kutip mempelam. Banyakkkkkk! Ada yang kutip buah yang jatuh atas tanah. Macam-macam rupa mempelam, yang bulat, yang lonjong. Lepas tu, amik pisang pulak. Pisang masih hijau. Tunggu kuning, saya nak goreng. Pisang awak. Bukan pisang saya. Pisang awak. (nama pisang: awak). Yang best tu, kebun dia dekat muara sungai. Jadi, saya pun amik la selfie berlatarbelakang sungai.


Larian Jumaat: 11.4 kilometer
Cantik, kan. Dia kata, kalau mancing kat sungai tu, boleh dapat ikan kerapu, ikan siakap. Wow... Lain kali masuk kebun, jangan pakai baju atau tudung hitam. Jenuh dikerumuni nyamuk! Haaa... tu pun, dia bakor bekas telor tu, buat halau nyamuk. Pokok rambutan pun ada kat kebun dia, tapi buah masih hijau.

Kat tepi kebun, ada kawasan lapang sikit, ada tempat duduk, boleh rileks. Kawan saya bawa laksa dari rumah. Bawa pinggan, mangkuk, sudu garfu, dari rumah, ber-piknik kita. Apalagi....


Makan laksa, minum ayor kopi. Tengah-tengah panas tu. Tapi takde la panas sangat waktu, cuaca agak mendung. Tapi berpeluh-peluh la, sebab baru lepas kutip buah. Peh... syoknya! Seronok rupanya ada tanah dan boleh kutip hasil ni. Huuu.... bersyukur saya, ada kawan baik hati, bawa saya pergi kebun. 😍

Keesokannya, saya masak mee goreng untuk sarapan.


Lepas tu,  saya keluar lari di kejiranan.


Larian Sabtu: 11.57 kilometer.
Gambar Puteh yang manja. Suka main dengan budak bulu ni. Sebab dia gebu. Hehe...

Keesokannya, saya buat half marathon. Saya jadi pacer kepada kawan jogging saya, yang bawa saya ke kebun dia, hari Jumaat lepas.


Larian Ahad: 22.55 kilometer

Gambar saya tengah bercucuk tanam. Rumah saya, bercucuk tanam dalam pasu je. 

Kawan saya pertama kali cuba buat half marathon, iaitu 21.1 kilometer. Alhamdulillah, berjaya. Lari di kejiranan, dok pusing situ je la, tawaf kawasan yang sama. Dekat pukul 10, jiran jerit, "Uiiii.. tak balik lagi ka? Dah paneh ni... " Hehehe... pukul 10 pagi baru selesai. Tak kisah la berapa pace pun, asalkan berjaya tamatkan half marathon. Dia memang dah lama nak cuba buat. Baru terlaksana. Saya memang yakin yang kawan saya boleh buat. Kuat dia. Umur kawan saya, 45 tahun. Half marathon di usia 45 tahun. Hehe... mental, tau... dengan cuaca panas lagi. 

Larian saya terlebih, saya escort dia balik rumah. Muka dah merah padam. Kang pengsan tak sampai rumah kang, saya juga yang susah. Jalan pun slow-slow je. Selamat juga. Tercapai juga impian dia.

Saya dapat lencana berikut dari aplikasi garmin connect.


Sudah melepasi 300 ribu langkah di bulan Jun.

Larian Isnin: Tak lari hari ni. Puasa ganti serta sunat Isnin.


Larian Selasa: 10.07 kilometer.

Lari di kejiranan juga.

Gambar adalah bean bag yang saya beli di Shopee. Untuk anak saya duduk, kat meja komputer dia yang rendah tu. Dia pakai coffee table sebagai meja komputer dia. Guna kerusi kecil lama-lama duduk, sakit bontot. Jadi lepas ni, selesa sikit. 

Kita usaha bagi anak-anak selesa belajar di rumah, pdpr. Kalau tak masuk kelas, cikgu ada bagitau kedatangan kat group whatsapp. 

Ok la. Tu je kot.

Jumpa lagi. 😊

Ok je.. :D

 6 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Entah apa yang sibuk sangat tu pun, tak tahulah. Bila suami saya off kerja, saya banyak habiskan masa dengan dia, buat kerja rumah sama-sama. Jadi, saya tak online. Blog pun tak di-update. Maaf, ye.

Terima kasih, atas komen pembaca sekalian yang ada cadangkan cara atasi masalah coverage di blog saya dalam entri lepas. Sepanjang saya tak update blog, saya dok godek-godek masalah tu la. Baca dan research sana-sini. Oklah.

Hari Isnin lepas, saya puasa, jadi saya tidak beriadah.

Hari Selasa pula, saya lari dalam rumah.


Larian atas treadmill adalah sejauh 7.04 kilometer.

Gambar bunga kemboja di rumah saya. 

Hari Rabu pula, saya lari di kawasan kejiranan rumah saya.


Saya lari sejauh 10.81 kilometer. Cuaca baik, Alhamdulillah. Orang pun tak ramai. Langit biru, rasa tenang je. Seronok dapat lari di luar rumah.

Saya dapat lencana berikut dari aplikasi Strava.



Sudah melepasi 100 km larian di bulan Jun. 

Bulan Jun ni, saya tak banyak lari.

Seminggu, 5 hari saja saya beriadah. Hari Isnin dan Khamis, saya berpuasa, kalau tak uzur.

Bagus juga macam ni. Badan dapat rehat. 

Hari ni pun, saya puasa, Insya-Allah. 

Baiklah, jumpa lagi ye. 😊

Tolong! Masalah coverage server error (5xx)

 Ada tak para pembaca yang saya hormati sekalian, pernah alami masalah yang di-email oleh google search console, tentang server error (5xx)?


Masalah berkaitan dengan server ni, tak tau camana nak selesaikan.

Dahla kita pakai server blogger je pun. Tak pakai domain pun.

Ada masalah dengan theme saya ke?

Plugin terlampau berat ke?

Kalau anda ada idea, sebarang bantuan amatlah saya hargai.

Mekasih.

Half marathon Jun 2021

 2 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Hari ni, saya buat half marathon di kawasan kejiranan saya. Alhamdulillah.


Sebenarnya, saya ada rasa takut sikit, lari kat kawasan kejiranan ni. Takut anjing. Lagi, takut covid, yang boleh jangkit melalui airborne tu. Tapi bila fikir-fikir balik, tawakal je la. Saya lari sambil zikir, Allah, Allah, Allah Ya Allah, ulang sepanjang masa. 

Alhamdulillah, saya berjaya habiskan half marathon, di kawasan kejiranan, lari solo. Mengikut SOP. Kalau ada orang, saya lintas, jauh dari orang. 

Saya juga berjaya perbaharui rekod peribadi saya untuk 10 kilometer.


10 kilometer

Rekod lama: 1 jam 17 minit

Rekod baru: 1 jam 16 minit

Saya bulatkan rekod half marathon, dalam gambar di atas. Sebabnya, saya berjaya juga renew rekod peribadi untuk half marathon.


Tapi nak tau tak, kenapa aplikasi garmin connect tak rekod sebagai rekod baru? Sebab saya lari 21.03 kilometer.

Jarak half marathon adalah 21.095 kilometer.

Larian saya harini, tak sampai 21.095 km. Hahaha.... adoi! Nape la saya stop jam saya terlalu cepat hari ni. Ni namanya takde rezeki buat new personal best. So close and yet so far. Huhuuu....

So, lain kali, kalau buat half marathon, pastikan jarak anda lebih 21.1 kilometer, ya! 

Semoga berpeluang untuk cuba lagi, bulan depan.

Apa pun, saya sangat bersyukur kerana saya boleh juga habiskan half marathon hari ni. Syukur, Alhamdulillah, selamat habis. 


Aplikasi strava bagi lencana, berjaya siapkan cabaran half marathon di bulan Jun. Strava tak berkira sangat. Garmin sangat strict, ye! Heeee....

Tapi Garmin bagi juga saya 2 lencana, seperti berikut:


Cabaran berlari 15 kilometer di bulan Jun, dan...


Sudah melepasi 80.5 kilometer di bulan Jun.

Apa pun, Alhamdulillah, atas nikmat berlari yang Allah pinjamkan. Saya rasa gembira, dapat keluar rumah berlari. Hari-hari atas treadmill, mental jugak kepala otak ni. Dapat jumpa orang, tengok pokok, dah suka sangat. 

Esok dah start semula Pdpr. Selamat belajar semula kepada anak-anak kita. 

Jumpa lagi, ye.😊

Air kunyit

 1 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Seperti biasa, bangun awal pagi, masuk dapur. Hari ni, saya masak bihun goreng. 

Lepas subuh, lipat kain. 

Lepas lipat kain, sarapan bersama suami.

Pukul 7 pagi, siram pokok.

Lepas suami pergi kerja, saya lari treadmill.


Larian hari ini adalah sejauh 10.6 kilometer. 

Gambar adalah bihun goreng yang saya masak. 

Sedap. Masuk bakul, angkat sendiri. 😁

Lepas lari treadmill, saya buat yoga.


Tak lama pun, 15 minit je buat yoga.

Gambar adalah keropok, yang suami saya gorengkan. Suami saya rajin goreng keropok. Sebelah keropok, adalah serunding. Dua-dua adalah kiriman kakak ipar saya, dari kampung suami di Kelantan. Bila tak dapat balik, makanan dari kampung halaman lah pengubat rindu. Keropok nipis, sedap dimakan. Bila makan 1, susah nak berenti. Nasib baik kakak ipar bagi banyak keropok. Serunding pun ada lagi. 

Lepas buat yoga, saya naik basikal tak bergerak tu, kayuh pulak.


Suami beli basikal senaman tu dah lama. Dia pun kena exercise, kuatkan otot kaki dia. 

Baru harini, saya try guna, selama setengah jam. Jam garmin saya tak de rekod jarak dan kelajuan, sebab indoor cycling.

Gambar adalah air kunyit, yang saya buat awal pagi. 

Cara buat air kunyit, rebus air sampai menggelegak. Hiris serai 1 batang, halia pun hiris, kunyit hidup pun hiris, limau kasturi ambil airnya. Masuk dalam air yang telah menggelegak tu. Terpulang la nak letak berapa banyak. Kalau halia 1 bahagian, kunyit separuh dari halia. Saya buat agak banyak, sebab yang nak minum, saya dan suami. Lepas tu, masukkan madu. Sebab saya takde madu, saya masukkan kurma 3 biji. Sebelum masuk kurma, saya matikan api dapur. Pastu saya tutup periuk. Bila dah agak sejuk, saya masukkan dalam botol air saya. Takdelah sejuk, dia macam suam-suam macam tu, sedap diminum. Cubalah! Saya buat, atas nasihat kakak saya. Dia ada follow Doktor Zaidul Akbar

Kebaikan yang saya dapat bila minum air kunyit ni, badan saya rasa lebih bertenaga. Dia macam repair badan kita dari dalam. Cubalah search Doktor Zaidul Akbar di youtube. Air ni juga buat pasangan yang belum dapat anak, berjaya hamil. Ikhtiar. Sebenarnya, saya dah lama dengar orang tua-tua pesan, minum air kunyit. Cuma ye la, kan. Kita time tu, mana nak dengar cakap orang tua. Pastu, rasa dia, lagi, sanggup tak sanggup je. 

Tapi bila saya dah amalkan ni, rasa dia taklah teruk sangat. Macam minum air masak juga. Benda baik, haruslah dikongsi. Tak perlu beli vitamin mahal-mahal. Benda dari tanah je, halia, kunyit, serai ni. Benda ada kat rumah kita je. Nak tak nak je buat. Kalau cuba, haa... mesti tak berenti, hari-hari rasa nak minum. 

Selalu bila bangun pagi, muka saya berminyak. Sekarang dah kurang dah. Jerawat pun makin kurang. Dulu, jerawat kaw-kaw punya, bukan jenis yang kecil. Jerawat besar, yang sakit tu. Sekarang dah takde langsung. Alhamdulillah. 

Suami saya pula, bila dia minum air kunyit ni, kaki dia rasa ringan je. Dia lepas accident motor, lepas pembedahan, kaki dia kadang-kadang bengkak, bila jalan banyak. Sekarang dah ok dah. Alhamdulillah. Cuba, tau. Selain tu juga, bahan seperti halia dan kunyit tu, anti kanser. Bolehlah tengok kat youtube, search je Doktor Zaidul Akbar ye, untuk lebih info. 


Gambar, minuman air kunyit. Yang dalam botol untuk saya, yang dalam flask kecil tu, suami bawa pergi kerja.


Gambar di atas adalah sarapan saya, pagi tadi. Saya makan bihun goreng dengan keropok. Minum, secawan kopi. Alhamdulillah.

Saya rasa happy dan seronok bila dapat masak di rumah untuk suami dan anak-anak makan. Walaupun benda simple je, nikmat rasanya. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki dariNya.

Ada orang, kena jual handphone kat facebook, sebab takde duit nak beli makan. Kawan kakak saya sorang kat KL, dah dapat notis sebulan, kena berenti kerja, sebab covid. Duduk di KL, dan menganggur, anda rasa? Oleh itu, syukur la kita cukup makan, ada rumah lindung dari panas dan hujan. 

Ok la ye.

Jumpa lagi. 😊

Strawberry and brownies Mcflurry

 30 Syawal 1442 Hijrah.

Bangun awal hari ni. Masak nasi dan perangat lauk semalam. Semalam ada drive-thru kat McD. Dari pemerhatian saya, boleh ambil masa 40 minit hingga 1 jam lebih, kalau order McD melalui foodpanda. Kalau order direct dengan aplikasi McD Delivery, ambil masa lebih kurang 20 minit paling cepat untuk makanan dihantar. Tapi semalam, saya drive-thru, teka berapa lama? Kurang 10 minit! Hehe... Kereta tak banyak pun. Hujan waktu tu, rintik, dalam pukul 4 petang. 

Bila sampai rumah, anak terkejut, eh, cepatnya mama balik. Terus balik sebaik selesai drive-thru, sebab ada beli aiskrim. 😋 Macam kartun. Beli banyak pulak. Ala-carte ayam goreng pedas, 9 ketul, antaranya. Kena tunggu sekejap, kat tepi. Lepas tu, orang tu hantar ke kereta bila siap.

Pagi ni, masak nasi, makan dengan ayam goreng semalam, tak habis. Selain ada juga lauk lain.

Pagi tadi, lepas tengok pokok dan tanaman semua, saya lari atas treadmill je.


Larian sejauh 5.04 km. Dapat lencana lari 5 kilometer dari aplikasi Garmin Connect.

Lepas tu, saya stop sekejap, nak ke tandas. Minum kopi masa sarapan pagi tadi, dengan suami. Tak elok tahan, kalau rasa nak buang air kecik. 

Lepas tu, saya sambung lari balik. Saja, supaya hati tenang sikit, sebab kejap lagi nak pelahap mcflurry. Saya jarang makan ni. Biarlah bakor kalori lebih sikit, supaya tak rasa bersalah sangat.


Larian sesi kedua adalah sejauh 6.06 kilometer. 

Beli semalam mcflurry tu, simpan dalam freezer, sebab kenyang. Saya puasa semalam. Masa buka puasa pun dah rasa penuh. Tu yang makan hari ni.

Boleh tahan sedap. Strawberry tu, ada ketulan strawberries. Dah turun ke bawah, dalam gambar di atas. Bila saya makan nak habis, baru nampak strawberries semua duduk bawah. Brownies dia ada rasa sedikit pahit. Tak manis pun saya rasa. Ok, buat layan, di hari yang panas. 😋 Sesekali pekena, dapnya! Alhamdulillah....

Lepas larian sesi kedua, saya buat yoga untuk cool-down.

Lebih kurang 11 kilometer larian dalam rumah hari ni.


Selesai riadah hari ni. 

Hari jumaat terakhir, bulan Syawal. 

Harap para pembaca semua sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan masing-masing. 

Jumpa lagi, ye. 😊

Anak saya lulus SPM!!! ^_^

 29 Syawal 1442 Hijrah.

Anak sulung saya, dapat keputusan SPM dia hari ni. Dia lulus. Alhamdulillah.

Abang Long, masa hari penyampaian hadiah tahun bila saya tak ingat, tapi sebelum covid.

Saya ok, dia lulus pun saya dah happy. Sebab saya tak nampak bila dia belajar.  Budak laki kan. Dok mengadap game je. Dia punya result, semua gred ada la, dari A+ sampai la ke D.

A+  adalah cemerlang tertinggi

D adalah lulus atas

Saya agak, mesti dia rendahkan gred lulus. Sebab budak-budak SPM tahun lepas kan, batch covid. Pergi sekolah, berapa hari la sangat. 

Subjek yang dia dapat A+ tu adalah Bahasa Inggeris, manakala yang dapat D tu adalah subjek Kimia.

Alhamdulillah.. 😊 Macam mak dia je, subjek Kimia saya dulu P8. Takat lepas je. Hik hik!

Semalam saya tak online, sebab saya ada temujanji hospital, pukul 2 petang. Saya pergi atas urusan tiroid. Saya punya keputusan darah normal, Alhamdulillah. Sambung makan ubat tiroid dengan dos yang sama. Doktor siap bagi saya vitamin D dan calcium. Masa jumpa doktor, dia tak cakap pun nak bagi apa-apa vitamin. Doktor kata, bagi selesai ujian tentang breast dulu, nanti-nanti baru follow-up tentang tiroid. Sebab tiroid saya normal. Ok. 😊 Untuk info pembaca, saya jalani pembedahan buang kedua belah kalenjar tiroid pada tahun 2016, dan saya kena makan ubat tiroid hingga akhir hayat.

Saya cerita tentang aktiviti riadah saya semalam ye. Hari ni, saya tak riadah, saya puasa. 

Lepas siram pokok semalam, saya jump rope.


Sesi jump rope adalah selama 35 minit. 

Gambar Puteh la, pak nyibuk. Suka kacau orang jump rope. Muka selamba. Kita yang lari dari dia, sebab takut dia kena libas tali skipping kita.

Lepas jump rope semalam, saya lari di kawasan kejiranan saya.


Larian semalam adalah sejauh 4.6 kilometer. Alhamdulillah.

Gambar Puteh lagi, tak habis-habis. Dok lepak sini je. Tak balik rumah dia lagi. Puteh ni, bukan kucing saya, tau. Kucing jiran. Tapi suka sangat bertandang rumah saya, sebab kucing saya betina belaka. Datang sini, dating.

Semalam, saya dapat lencana dari aplikasi Garmin Connect.


Dah pun melepasi 100 ribu langkah, walaupun tarikh cabaran belum berakhir, dateline lagi 4 hari. Ok ler tu. 

Ok, jumpa lagi ye. 😊