Air kunyit

 1 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Seperti biasa, bangun awal pagi, masuk dapur. Hari ni, saya masak bihun goreng. 

Lepas subuh, lipat kain. 

Lepas lipat kain, sarapan bersama suami.

Pukul 7 pagi, siram pokok.

Lepas suami pergi kerja, saya lari treadmill.


Larian hari ini adalah sejauh 10.6 kilometer. 

Gambar adalah bihun goreng yang saya masak. 

Sedap. Masuk bakul, angkat sendiri. 😁

Lepas lari treadmill, saya buat yoga.


Tak lama pun, 15 minit je buat yoga.

Gambar adalah keropok, yang suami saya gorengkan. Suami saya rajin goreng keropok. Sebelah keropok, adalah serunding. Dua-dua adalah kiriman kakak ipar saya, dari kampung suami di Kelantan. Bila tak dapat balik, makanan dari kampung halaman lah pengubat rindu. Keropok nipis, sedap dimakan. Bila makan 1, susah nak berenti. Nasib baik kakak ipar bagi banyak keropok. Serunding pun ada lagi. 

Lepas buat yoga, saya naik basikal tak bergerak tu, kayuh pulak.


Suami beli basikal senaman tu dah lama. Dia pun kena exercise, kuatkan otot kaki dia. 

Baru harini, saya try guna, selama setengah jam. Jam garmin saya tak de rekod jarak dan kelajuan, sebab indoor cycling.

Gambar adalah air kunyit, yang saya buat awal pagi. 

Cara buat air kunyit, rebus air sampai menggelegak. Hiris serai 1 batang, halia pun hiris, kunyit hidup pun hiris, limau kasturi ambil airnya. Masuk dalam air yang telah menggelegak tu. Terpulang la nak letak berapa banyak. Kalau halia 1 bahagian, kunyit separuh dari halia. Saya buat agak banyak, sebab yang nak minum, saya dan suami. Lepas tu, masukkan madu. Sebab saya takde madu, saya masukkan kurma 3 biji. Sebelum masuk kurma, saya matikan api dapur. Pastu saya tutup periuk. Bila dah agak sejuk, saya masukkan dalam botol air saya. Takdelah sejuk, dia macam suam-suam macam tu, sedap diminum. Cubalah! Saya buat, atas nasihat kakak saya. Dia ada follow Doktor Zaidul Akbar

Kebaikan yang saya dapat bila minum air kunyit ni, badan saya rasa lebih bertenaga. Dia macam repair badan kita dari dalam. Cubalah search Doktor Zaidul Akbar di youtube. Air ni juga buat pasangan yang belum dapat anak, berjaya hamil. Ikhtiar. Sebenarnya, saya dah lama dengar orang tua-tua pesan, minum air kunyit. Cuma ye la, kan. Kita time tu, mana nak dengar cakap orang tua. Pastu, rasa dia, lagi, sanggup tak sanggup je. 

Tapi bila saya dah amalkan ni, rasa dia taklah teruk sangat. Macam minum air masak juga. Benda baik, haruslah dikongsi. Tak perlu beli vitamin mahal-mahal. Benda dari tanah je, halia, kunyit, serai ni. Benda ada kat rumah kita je. Nak tak nak je buat. Kalau cuba, haa... mesti tak berenti, hari-hari rasa nak minum. 

Selalu bila bangun pagi, muka saya berminyak. Sekarang dah kurang dah. Jerawat pun makin kurang. Dulu, jerawat kaw-kaw punya, bukan jenis yang kecil. Jerawat besar, yang sakit tu. Sekarang dah takde langsung. Alhamdulillah. 

Suami saya pula, bila dia minum air kunyit ni, kaki dia rasa ringan je. Dia lepas accident motor, lepas pembedahan, kaki dia kadang-kadang bengkak, bila jalan banyak. Sekarang dah ok dah. Alhamdulillah. Cuba, tau. Selain tu juga, bahan seperti halia dan kunyit tu, anti kanser. Bolehlah tengok kat youtube, search je Doktor Zaidul Akbar ye, untuk lebih info. 


Gambar, minuman air kunyit. Yang dalam botol untuk saya, yang dalam flask kecil tu, suami bawa pergi kerja.


Gambar di atas adalah sarapan saya, pagi tadi. Saya makan bihun goreng dengan keropok. Minum, secawan kopi. Alhamdulillah.

Saya rasa happy dan seronok bila dapat masak di rumah untuk suami dan anak-anak makan. Walaupun benda simple je, nikmat rasanya. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki dariNya.

Ada orang, kena jual handphone kat facebook, sebab takde duit nak beli makan. Kawan kakak saya sorang kat KL, dah dapat notis sebulan, kena berenti kerja, sebab covid. Duduk di KL, dan menganggur, anda rasa? Oleh itu, syukur la kita cukup makan, ada rumah lindung dari panas dan hujan. 

Ok la ye.

Jumpa lagi. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

15 comments:

  1. Bagusnya Nur sudi kongsi air kunyit. Memang betul tu, kita dari tanah sesuailah gunakan bahan dari tanah juga. Nampak cantik pula air kunyit tu. In shaa Allah ada masa nanti nak beli kunyit hidup dan halia sebab dua benda ni dah nak habis di dapur. Nanti saya nak cuba buat. Terima kasih Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie cakap, sama macam Doktor Zaidul Akbar tu cakap, tau. Kita pun dari tanah. Jadi, lagi semulajadi makanan kita, lagi sihat kita. Sama-sama. Saya harap, Amie dapat manfaat yang banyak dan bertambah-tambah sihat selepas amalkan air kunyit ni. Amin.

      Delete
  2. Betul kak nur, saya pernah minum air kunyit, rasa dia tak adalah teruk sangat. Boleh diterima hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, Atiqah. Akak dulu masa lepas beranak, dalam pantang, bidan yang datang urut, suruh minum air kunyit. Campur lada hitam lagi. Bagi panas badan. Masa tu zaman muda, minum sekali je. Hehe..

      Delete
  3. Sedapnya bihun goreng makan dengan keropok ikan. Air kunyit tak pernah rasa lagi. tapi banyak orang jual air/jus kunyit ni. Pernah cuba minum air halia tapi tak sanggup nak minum. huhu...
    Setuju kak Nur, bersyukur masih ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ok apa, rasa dia. Benda kalau berkhasiat, kenalah tahan sikit, kalau dia boleh buat kita lebih sihat, Fizah. Jangan jadi macam akak. Muda-muda tak nak amalkan. Dah tua, barulah nak insaf, eat healthy. Hehe..

      Delete
  4. Saya rasa kalau jamu biasa ada campur kunyit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamu tu, kita tak tau cara prosesnya, encik fairus. Apa-apa produk dari kilang, adalah benda yang diproses, mesti dia ada tambah sesuatu supaya tahan lama. Minuman ni, kita buat sendiri, lebih selamat dan semulajadi. :)

      Delete
  5. Kena cari kunyit hidup. Eh bukan ke orang belum kahwin tidak galak makan? Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la, NA. Semua orang boleh minum air kunyit. Bukan takat orang dah berumahtangga je. Rasailah perbezaannya. Chewah... macam iklan tv pulak.

      Delete
    2. Haah tengah cuba makan kunyit hidup.

      Delete
  6. Terima kasih sudi share resepi air kunyit

    ReplyDelete