Thursday, 10 June 2021

Anak saya lulus SPM!!! ^_^

 29 Syawal 1442 Hijrah.

Anak sulung saya, dapat keputusan SPM dia hari ni. Dia lulus. Alhamdulillah.

Abang Long, masa hari penyampaian hadiah tahun bila saya tak ingat, tapi sebelum covid.

Saya ok, dia lulus pun saya dah happy. Sebab saya tak nampak bila dia belajar.  Budak laki kan. Dok mengadap game je. Dia punya result, semua gred ada la, dari A+ sampai la ke D.

A+  adalah cemerlang tertinggi

D adalah lulus atas

Saya agak, mesti dia rendahkan gred lulus. Sebab budak-budak SPM tahun lepas kan, batch covid. Pergi sekolah, berapa hari la sangat. 

Subjek yang dia dapat A+ tu adalah Bahasa Inggeris, manakala yang dapat D tu adalah subjek Kimia.

Alhamdulillah.. 😊 Macam mak dia je, subjek Kimia saya dulu P8. Takat lepas je. Hik hik!

Semalam saya tak online, sebab saya ada temujanji hospital, pukul 2 petang. Saya pergi atas urusan tiroid. Saya punya keputusan darah normal, Alhamdulillah. Sambung makan ubat tiroid dengan dos yang sama. Doktor siap bagi saya vitamin D dan calcium. Masa jumpa doktor, dia tak cakap pun nak bagi apa-apa vitamin. Doktor kata, bagi selesai ujian tentang breast dulu, nanti-nanti baru follow-up tentang tiroid. Sebab tiroid saya normal. Ok. 😊 Untuk info pembaca, saya jalani pembedahan buang kedua belah kalenjar tiroid pada tahun 2016, dan saya kena makan ubat tiroid hingga akhir hayat.

Saya cerita tentang aktiviti riadah saya semalam ye. Hari ni, saya tak riadah, saya puasa. 

Lepas siram pokok semalam, saya jump rope.


Sesi jump rope adalah selama 35 minit. 

Gambar Puteh la, pak nyibuk. Suka kacau orang jump rope. Muka selamba. Kita yang lari dari dia, sebab takut dia kena libas tali skipping kita.

Lepas jump rope semalam, saya lari di kawasan kejiranan saya.


Larian semalam adalah sejauh 4.6 kilometer. Alhamdulillah.

Gambar Puteh lagi, tak habis-habis. Dok lepak sini je. Tak balik rumah dia lagi. Puteh ni, bukan kucing saya, tau. Kucing jiran. Tapi suka sangat bertandang rumah saya, sebab kucing saya betina belaka. Datang sini, dating.

Semalam, saya dapat lencana dari aplikasi Garmin Connect.


Dah pun melepasi 100 ribu langkah, walaupun tarikh cabaran belum berakhir, dateline lagi 4 hari. Ok ler tu. 

Ok, jumpa lagi ye. 😊

28 comments:

  1. tahniahhhh
    anak2 SPM 2020 yg byk cabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, mama sara nur. Alhamdulillah.
      Betul tu, memang banyak cabaran tahun lepas.

      Delete
  2. tahniah! kpd anak Nur, Alhamdulillah..

    pandai Putih bertandang rumah sebelah, nak dating...hehe..lumrah alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mekasih, kak nohas.
      Tu la. Atau mungkin sebab tuan dia kerja, takde siapa nak layan waktu siang. Jadi, dia datang manja rumah jiran. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..tahniah untuk abang long! Syukur juga result darah akak okay. Bagus Si puteh ni rajin meneman.

    ReplyDelete
  4. tahniah abg long...mmg mencabar ank2 yg amik spm dikala tk dpt pegi sekolah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, mama tisya.
      Ye, kita nak tolong pun tak mampu. Hantar tuisyen, tapi dapat pergi tak lama pun.

      Delete
  5. Tahniah Nur...
    Dah lulus tu kira cemerlang jgk tu hhehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ako.
      Tak cemerlang, biasa-biasa je. Tapi Alhamdulillah. Terima seadanya. Apa dia usaha, itulah yang dia dapat.

      Delete
  6. Alhamdulillah tahniah~
    Mencabar budak2 skrg nie belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Sii Nurul.
      Ye, betul. Banyak usaha sendiri.

      Delete
  7. Hilang rasa debaran tahu anak lulus.
    Tahniah.
    Semoga sihat Nur.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah
    Tahniah abang long

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah abang long! Power tuu bi A+! Saya UPSR je A untuk bi, lepas pada tu semuanya B hahahahaha.

    Eh eh kucing memang macam tu kannn kak nur, menyibuk bila kita skipping, kita ni takut terlibas badan dia tapi dia pulak seronok nak kejar tali skipping :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Atiqah. Hehe..
      Betul! Memang Puteh tu, macam tu la perangainya.

      Delete
  10. Alhamdulillah. Tahniah Abang Long.
    Moga terus berjaya. Sambung belajar di mana selepas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie.
      Dia ada apply ke UTem, UM, dan Uitm. Tengoklah rezeki mana dapat, Amie. Mudah-mudahan.

      Delete
  11. Tahniah kepada anakandanya. Anak lelaki sulung tu sama jem mengadap handphone. Saya pun bukan jenis pressure dia dalam pelajaran, tapi sesekali memang marah juga kalau dia tak belajar atau buat kerja sekolah. Nasib baik UPSR takde tahun lepas, tapi peperiksaan sekolah agama ada A juga.. haha, dalam masa kita tak mengharap dia dapat A, ada pulak A.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, encik fairus.
      Alhamdulillah, ok tu, anak encik fairus. Ye, kena terima anak seadanya. Kalau marah lebih, dia jadi memberontak, masuk remaja ni. Apa yang dia usaha, itulah yang dia dapat, kan.

      Delete
  12. Tahniah buat anak bujang akak...
    Ingatkan kucing akak si puteh tu... bukan main manja teman buat jump rope

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Dana.
      Tak, kucing bertandang. Hehe.. Manja terlebih dan ngada-ngada sangat.

      Delete
  13. Tahniah buat anakanda Nur.
    Anak sedara Mrs. A pun SPM 2020 tengok gaya dia inform di grup family happy kemahen alhamdulillah lulus jugaklah agaknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Mrs. A.
      Alhamdulillah. Tahniah juga, buat anak sedara Mrs. A. :)

      Delete