Lari, makan, repeat.

 11 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Hari Jumaat lepas, kawan jogging saya ajak pergi kebun dia. Saya pun ikut la. Pergi kebun tau. Bukan pergi rumah. Kang kena kecam pulak, covid covid berkunjung ke rumah orang. Dia kesian kat saya, orang bandar yang tak pernah masuk kebun. Kikiki... saya bawa balik banyaaaaaaaak buah mempelam. Sampai entri ni ditulis, ada lagi buah mempelam dalam peti ais saya. Sekali kupas, 5-6 biji. Pastu terus cerry berry. 😆 Masa kait buah mempelam, dia terpukul sarang kerengga, habis kerengga jatuh dari atas pokok macam hujan. Bertempiaran saya lari. Nasib baik saya kuat lari. Bukan satu pokok je kutip mempelam. Banyakkkkkk! Ada yang kutip buah yang jatuh atas tanah. Macam-macam rupa mempelam, yang bulat, yang lonjong. Lepas tu, amik pisang pulak. Pisang masih hijau. Tunggu kuning, saya nak goreng. Pisang awak. Bukan pisang saya. Pisang awak. (nama pisang: awak). Yang best tu, kebun dia dekat muara sungai. Jadi, saya pun amik la selfie berlatarbelakang sungai.


Larian Jumaat: 11.4 kilometer
Cantik, kan. Dia kata, kalau mancing kat sungai tu, boleh dapat ikan kerapu, ikan siakap. Wow... Lain kali masuk kebun, jangan pakai baju atau tudung hitam. Jenuh dikerumuni nyamuk! Haaa... tu pun, dia bakor bekas telor tu, buat halau nyamuk. Pokok rambutan pun ada kat kebun dia, tapi buah masih hijau.

Kat tepi kebun, ada kawasan lapang sikit, ada tempat duduk, boleh rileks. Kawan saya bawa laksa dari rumah. Bawa pinggan, mangkuk, sudu garfu, dari rumah, ber-piknik kita. Apalagi....


Makan laksa, minum ayor kopi. Tengah-tengah panas tu. Tapi takde la panas sangat waktu, cuaca agak mendung. Tapi berpeluh-peluh la, sebab baru lepas kutip buah. Peh... syoknya! Seronok rupanya ada tanah dan boleh kutip hasil ni. Huuu.... bersyukur saya, ada kawan baik hati, bawa saya pergi kebun. 😍

Keesokannya, saya masak mee goreng untuk sarapan.


Lepas tu,  saya keluar lari di kejiranan.


Larian Sabtu: 11.57 kilometer.
Gambar Puteh yang manja. Suka main dengan budak bulu ni. Sebab dia gebu. Hehe...

Keesokannya, saya buat half marathon. Saya jadi pacer kepada kawan jogging saya, yang bawa saya ke kebun dia, hari Jumaat lepas.


Larian Ahad: 22.55 kilometer

Gambar saya tengah bercucuk tanam. Rumah saya, bercucuk tanam dalam pasu je. 

Kawan saya pertama kali cuba buat half marathon, iaitu 21.1 kilometer. Alhamdulillah, berjaya. Lari di kejiranan, dok pusing situ je la, tawaf kawasan yang sama. Dekat pukul 10, jiran jerit, "Uiiii.. tak balik lagi ka? Dah paneh ni... " Hehehe... pukul 10 pagi baru selesai. Tak kisah la berapa pace pun, asalkan berjaya tamatkan half marathon. Dia memang dah lama nak cuba buat. Baru terlaksana. Saya memang yakin yang kawan saya boleh buat. Kuat dia. Umur kawan saya, 45 tahun. Half marathon di usia 45 tahun. Hehe... mental, tau... dengan cuaca panas lagi. 

Larian saya terlebih, saya escort dia balik rumah. Muka dah merah padam. Kang pengsan tak sampai rumah kang, saya juga yang susah. Jalan pun slow-slow je. Selamat juga. Tercapai juga impian dia.

Saya dapat lencana berikut dari aplikasi garmin connect.


Sudah melepasi 300 ribu langkah di bulan Jun.

Larian Isnin: Tak lari hari ni. Puasa ganti serta sunat Isnin.


Larian Selasa: 10.07 kilometer.

Lari di kejiranan juga.

Gambar adalah bean bag yang saya beli di Shopee. Untuk anak saya duduk, kat meja komputer dia yang rendah tu. Dia pakai coffee table sebagai meja komputer dia. Guna kerusi kecil lama-lama duduk, sakit bontot. Jadi lepas ni, selesa sikit. 

Kita usaha bagi anak-anak selesa belajar di rumah, pdpr. Kalau tak masuk kelas, cikgu ada bagitau kedatangan kat group whatsapp. 

Ok la. Tu je kot.

Jumpa lagi. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

21 comments:

  1. Untung dapat mempelam banyak-banyak dan dapat makan laksa bersama kopi. Alhamdulilllah seronok hari-hari dapat berlari.

    P.S: Saya baca blog daripada hp Samsung lama saya. HP Lenovo yang dahulu pernah kenq bateri kembung sekarang ini masuk wad. Doakan supaya dapat hp Lenovo balik dengan sihat dan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA.
      Rasanya, awak kena beli telepon baru kot, NA. Telepon Lenevo suami saya dulu pun camtu la, kembung bateri.

      Delete
    2. Kalau boleh nak hp terpakai sebab guna untuk tulia blog, blogwalking dan main game. Kalau untuk panggilan, mesej dan lain-lain ada telefin lain. Tidak suka campurkan semua dalam satu telefon sebab cepat habis bateri. Hehe kira kena ada 2.

      Delete
  2. Saya berlari atas katil je.. hahaha.. entah bilalah nak mula bersenam semula ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga tu, encik fairus. Lari atas katil. Hehe..

      Delete
  3. Hahahaha terus cerry berry ye kak nur, comel ganti nama untuk cirit birit hahaha.
    Eeee geram sungguh kita dengan puteh tuuu! Kucing manja lahh paling best bela kannnnn :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lebih sopan gitu, sebut cerry berry.
      Betoi, Atiqah, terapi bela kucing ni. Hilang stress.

      Delete
  4. Bestnya walaupunm masuk kebun orang. Pisang awak sedap. Saya suka tapi jarang jumpa pisang tu di LD.
    Banyaknya...300 ribu langkah! Musim PKP ini agaknya sehari saya hanya mampu 300 langkah saja, itu pun sebab ke dapur, ke ruang tamu, ke bilik saja hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Amie, merasa pergi kebun, walaupun kebun orang.
      Hehe... buat mana mampu je, Amie.

      Delete
  5. bestnya kebun tepi sungai..suka buah pelam..

    tahniah to kawan Nur..berjaya habiskan half marathon for the 1st time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia. Dah lama kawan berhajat nak half marathon. Terlaksana jugak.

      Delete
  6. Waahh seronoknya life style diaa.... siap masuk kebun dapat makan buah fresh tu nikmat. kene sarang kerengga tu kenangan bersama.. lagi seronok ada teman marathon sekali... hati2 lari tu...jgn sampai lari ke hati orang lain.. heheh have a nice day Nur!

    ReplyDelete
  7. btw, wow.. template blog baru. teruja saya masuk sini tadi.. dah lama tak berlari ke blog ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukor template baru, sebab dapat email dari google search console, ada issue tentang mobility display. macam-macam.

      Delete
  8. Rajinnya berlari... As dah lama sorok semua kasut...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak lari, kaki rasa lenguh, As.

      Delete
  9. Seronoknya dapat masuk kebun kutip hasil. View pun cantik sangat. Dapat berkelah lagi tu. Samalah kita kak, tanaman dalam pasu je lah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Fizah. Merasa akak, masuk kebun.

      Delete