Larian Jumaat dan selesai masalah

 14 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Sekejap je, dah hari Jumaat.

Pagi tadi sebelum keluor jogging, saya masak nasi goreng.


Daging masak hitam yang tak habis semalam pun saya campur masa goreng nasi. 

Lepas Subuh, saya jogging di kawasan kejiranan.

Lari punya lari, jam saya mati. Habis bateri. 


Jam simpan data larian, sampai sebelum dia mati. Walaupun saya tak sempat tekan butang save. 

Larian hari ni yang jam simpan, adalah sejauh 11.07 kilometer.

Saya rasa, saya lari lebih kot, mungkin 12 km. Tapi, tak kisah la tu. 

Google search console email, dia kata, 3 issues berkaitan blog saya dah selesai. Berjaya dibaiki. Yay!


Berkaitan issue tulisan terlampau kecik untuk dibaca, dah settle. 

Lagi satu issue, clickable elements too close together, dah settle.

Viewport not set to device width, pun dah settle.

3 masalah, fixed! 

Alhamdulillah. Berbaloi saya mengadap code html, tukor template baru. Hehe...

Baiklah. 

Semoga hari anda ceria-ceria selalu.

Jumpa lagi, ye. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

26 comments:

  1. patut rasa mcm lain je msk sini rupa nya dah wajah baru ehhehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itula, sebab ada issue google bagitau, terpaksa tukar. Kalau tak, saya pun malas, Ako.

      Delete
  2. Wahhhh dahh bertukar wajah ya blog kak nur, alhamdulillah selesai jugak masalah harituuuu.

    ReplyDelete
  3. Berselera kalau sarapan pagi makan nasi goreng.
    Hebatnya Nur dapat selesaikan masalah! Ada dah kemahiran, dan boleh tambah ilmu yang lain berkaitan IT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Amie.
      Alhamdulillah, sampai mabuk-mabuk Amie, ngadap html coding ni. Banyak tempat buat rujukan, youtube, google.

      Delete
  4. aduh, boleh pulak habis bateri. Hebat Kak Nur settlekan masalah coding. Berbaloi bertapa kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la hebat, Fizah. Akak cuba-cuba je, tukor template blog yang lebih responsive, dapat selesai masalah terus.

      Delete
  5. Alamak saya ada masalah sedikit buka blog ini tapi takpe asal dapat komen.
    Alhamdulillah isu selesai

    ReplyDelete
  6. Saya pula lupa hari ni hari Jumaat. Itu lah, dah jarang ke pejabat, dan solat Jumaat pun dah 3 minggu rasanya tak dapat pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, PKP ni, lost track hari apa kadang-kadang, kan, encik fairus.

      Delete
  7. Salam jumaat
    Alhamdulillah hari ini dapat giliran solat jumaat di masjid

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Boleh la, Tengku Sofia, layan kaki. Alhamdulillah.

      Delete
  9. nasi goreng pagi2 is sooo good

    ReplyDelete
  10. akak sy mau join running jugak.bosanla running sorg huhu

    ReplyDelete
  11. Cantik jam? Mesti smart watch untuk lari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, uncle. Jam Garmin. Tapi saya punya subsidi je. Nak beli sendiri, tak mampu, surirumah. Hehe..

      Delete
  12. Haah view macam kena betulkan sedikit tapi takpe sebab guna telefon lama. Isk tidak sabar tunggu telefon Lenovo saya sihat, banyak blog boleh masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga telefon Lenovo NA cepat baik, ye.

      Delete