Mobile usability issues la pulak

 13 Zulkaedah 1442 Hijrah

Alkisah, si google search console email saya lagi, ada 3 issue la pulak, berkaitan mobile usability. Blog kita ni dibaca dan dibuka oleh pembaca menggunakan pelbagai gajet, bukan saja komputer, kebanyakannya guna handphone atau tablet. 

Blog saya ni masalahnya, bila buka guna handphone, google search console cakap, tulisan terlampau kecik, view blog tidak di-set mengikut device width dan element yang boleh di-click letak terlampau dekat. Pulak... macam-macam, kan.

Oleh itu, saya pun carilah template blog percuma yang responsive. Saya berharap pembaca dapat baca blog ni selesa dan dengan jelas, mengikut apa saja alat yang digunakan dan blog dapat dipaparkan mengikut saiz skrin anda dengan baik. Mengikut laman di mana saya download template percuma ni, template ni automatik boleh adjust lebar dan saiz element di blog saya ni, mengikut saiz skrin anda, gitew.

Harap selesailah masalah yang di-email oleh google search console ni. Siapa yang masuk blog saya semalam, akan perasan haru biru, lintang pukang semua kedudukan gajet yang ada di sini. Maap lah. Saya semalam buat sampai mabuk-mabuk la, mengadap skrin, meng-edit html. Poning kepala eden ni ha.. camano nak buat menu atas tu. Semalam tido dalam keadaan mabuk. Hari ni sambung balik mengadap html, baru jadi. Hehe... 

Takpe la template sempoi tak lawa pun, asalkan pembaca boleh baca dengan jelas.

Jom cerita pasal larian pulak.

Semalam hujan tau kat rumah saya, waktu pagi. Jadi, saya cuma lari dalam rumah sahaja.


Larian atas treadmill semalam adalah sejauh 5.45 kilometer sahaja.

Gambar adalah buah mempelam. Semangkuk! Share dengan suami. Makan camtu je. Tak payah kuah rojak, tak payah cicah asam bagai. Makan buah secara semulajadi.

Tengahari camtu, saya pi masuk dapur sat, tengok pisang dalam sesikat tu, ada yang kuning. Saya amik yang kuning, saya celup tepung dan goreng.


Tahukah anda, bahawasanya saya tak pernah goreng pisang seumur hidup saya? Ya, serius, saya tak tipu. Selama ni, saya makan goreng pisang sebelum ni, semuanya saya beli. Tunggu orang sedekah pisang dari kebun kat saya, barulah saya cuba nak menggoreng ni ha. Itupun, pakai tepung pisang goreng adabi je ha.

Habis, kau! Laku. Eh, ingat ke, anak tak makan. Cokodok, dia makan ler. Rupanya pisang goreng pun dia layan, yang tepung krak kruk krak kruk tu, rangup, habis dia kutip. Alhamdulillah. Orang memberi, kita merasa. Semoga murah rezeki orang sedekah pisang kat kita.

Tu cerita semalam.

Pagi ni, saya keluar jogging. Cuaca baik.


Jogging di kawasan kejiranan hari ni, adalah sejauh 12.77 kilometer. Pace siput je, santai-santai tengok rumah orang, tengok pokok bunga orang. Hehe.. bau orang goreng ikan kering, bau sabun cuci baju, bau ayam goreng berempah, semua bau ada...

Balik jogging, selfie sekeping, kat tempat lepak petang-petang.

Tu je la cerita buat kali ni.

Selalu hari Khamis, saya off jogging, sebab puasa. Apakan daya, bendera jepun dah naik. Takde rezeki nak posa hari putih.



Baiklah, jumpa lagi, ye. 

😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

17 comments:

  1. Sama saya dapat isu macam Nur tapi malas nak ubah. Haha.
    Guna telefon lama saya ini ada blog-blog tertentu saya boleh masuk. Lain tidak boleh masuk sebab ia tidak boleh sediakan a secure connection cannot establish. Jadi macam blog Fiza, Fairus tidak dapat masuk.
    Samalah tidak pernah goreng sendiri pisang. Haha sama tidak dapat puasa putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..
      Oooo... gitu.
      Banyak persamaan kita ni, NA. :)

      Delete
  2. nanti saya try buka guna hp..letih kan nak edit2..semoga semuanya ok..

    berlari sambil hirup bau yg enak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cun..ok dah kt hp..nice..

      Delete
    2. Betul, memang penat, edit blog ni.
      Terima kasih, ye. Saya hargai, pandangan nohas.

      Delete
  3. So far,. Ok saja saya tengok.

    ReplyDelete
  4. kisah yang menarik...moga terus konsisten untuk menjaga kesihatan

    ReplyDelete
  5. Wah! Masuk rumah barulah kita ye. Saya pun tak berapa mahir nak tukar itu ini untuk blog saya. Takut tersalah klik, nanti lain jadinya. Selamat Bercuti Nur....nggeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, Amie. Coti orang pompuan ni, kadang best juga, boleh bangun lambat. Tapi kalau saya bangun lambat, tak sempat sediakan sarapan. Tak best pulak kalau nak pi jogging, nanti anak-anak di rumah lapar. Hehe..

      Delete
  6. Biasa tukar template ada je isunya dari google console tu. Merah banyak angka saya abaikan. Huhu...lama saya tak singgah sini tahu tahu dah cat rumah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template lama akak yang ada issue, Fizah. Tu pasal akak tukar baru.
      Hehe.. rupanya ramai juga abaikan saja issue google search console tu.

      Delete
  7. ehh samala baru2 ni pun ada masalah jugak dgn google search console huhu tapi ni suda nda dapat email hopefully ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sama kita, ye, Litah. Google search console ni, berkira juga. Errornya, cuma pada 1 page blog kita je pun.

      Delete
  8. Template baru. Lawa dan kemas. 👍

    ReplyDelete