Ok je.. :D

 6 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Entah apa yang sibuk sangat tu pun, tak tahulah. Bila suami saya off kerja, saya banyak habiskan masa dengan dia, buat kerja rumah sama-sama. Jadi, saya tak online. Blog pun tak di-update. Maaf, ye.

Terima kasih, atas komen pembaca sekalian yang ada cadangkan cara atasi masalah coverage di blog saya dalam entri lepas. Sepanjang saya tak update blog, saya dok godek-godek masalah tu la. Baca dan research sana-sini. Oklah.

Hari Isnin lepas, saya puasa, jadi saya tidak beriadah.

Hari Selasa pula, saya lari dalam rumah.


Larian atas treadmill adalah sejauh 7.04 kilometer.

Gambar bunga kemboja di rumah saya. 

Hari Rabu pula, saya lari di kawasan kejiranan rumah saya.


Saya lari sejauh 10.81 kilometer. Cuaca baik, Alhamdulillah. Orang pun tak ramai. Langit biru, rasa tenang je. Seronok dapat lari di luar rumah.

Saya dapat lencana berikut dari aplikasi Strava.



Sudah melepasi 100 km larian di bulan Jun. 

Bulan Jun ni, saya tak banyak lari.

Seminggu, 5 hari saja saya beriadah. Hari Isnin dan Khamis, saya berpuasa, kalau tak uzur.

Bagus juga macam ni. Badan dapat rehat. 

Hari ni pun, saya puasa, Insya-Allah. 

Baiklah, jumpa lagi ye. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

26 comments:

  1. Alhamdulillah, saya pun jalan di kawasan jalan rumah saya pun tidak ramai orang tapi mak suruh juga pelitup muka. Ok sahaja sebab jalan santai.
    Wah rajin puasa bulan Zulkaedah, saya belum mula lagi.
    Haha inspirasi daripada Nur minum air kunyit hidup tapi saya makan bahagian kecil sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah pakai facemask. Safety.
      Saya ganti puasa, NA. Masa bulan posa, banyak tinggal, sebab pakai implanon punya pasal.
      NA lagi hebat, makan kunyit hidup terus.

      Delete
  2. Betul tu kalau banyak spend masa dgn activity mmg sampai tiada masa untuk media social

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sophea. Rasa lebih seronok pula bila offline. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..gaya hidup sihat, combination puasa & exercise..and healthy foods..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Nur. Banyak masa dihabiskan dengan aktiviti berfaedah. Masa lapang saya cuba baca buku, tapi Firdaus asyik ajak bersembang tak berhenti sampailah dia tidur. Bila dia tidur saya pun rasa mengantuk. Tidurlah sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... seronok juga layan anak sembang ni. Layan mata pun best, Amie. :)

      Delete
  5. wah masih berlari yaa.. tahniah keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Raz. Kalau tak lari, kaki rasa lenguh. Mekasih, ye.

      Delete
  6. Semoga terus sihat dengan aktiviti riadah harian anda.

    ReplyDelete
  7. bagus nur... momentum sentiasa sama je setiap hari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang dasar orang giler lari. :D

      Delete
  8. Bagus kak nur, suami off kerja, habiskan masa dengan suami. Utamakan suami hehehe. Terus semangat berlari ya kak nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang spend time dengan suami. Sebab suami akak sejenis yang bila kerja, asyik OT je, long hours.
      Mekasih, Atiqah.

      Delete
  9. Tahniah rajian beriadah dan berpuasa
    Semoga sentiasa sihat

    ReplyDelete
  10. slmt beriadah
    bila nak rajin macam Nur ni

    ReplyDelete
  11. Rindu nak lari balik tapi itu la pemalas hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sarung kasut dan lari saja, anakdenesor.

      Delete
  12. Alhamdulillah..masa ni lah boleh spend masa lebih sikit dengan husband. Semoga Kak Nur terus konsistent dan sihat selalu. Aaminn...

    ReplyDelete