Friday, 11 June 2021

Strawberry and brownies Mcflurry

 30 Syawal 1442 Hijrah.

Bangun awal hari ni. Masak nasi dan perangat lauk semalam. Semalam ada drive-thru kat McD. Dari pemerhatian saya, boleh ambil masa 40 minit hingga 1 jam lebih, kalau order McD melalui foodpanda. Kalau order direct dengan aplikasi McD Delivery, ambil masa lebih kurang 20 minit paling cepat untuk makanan dihantar. Tapi semalam, saya drive-thru, teka berapa lama? Kurang 10 minit! Hehe... Kereta tak banyak pun. Hujan waktu tu, rintik, dalam pukul 4 petang. 

Bila sampai rumah, anak terkejut, eh, cepatnya mama balik. Terus balik sebaik selesai drive-thru, sebab ada beli aiskrim. 😋 Macam kartun. Beli banyak pulak. Ala-carte ayam goreng pedas, 9 ketul, antaranya. Kena tunggu sekejap, kat tepi. Lepas tu, orang tu hantar ke kereta bila siap.

Pagi ni, masak nasi, makan dengan ayam goreng semalam, tak habis. Selain ada juga lauk lain.

Pagi tadi, lepas tengok pokok dan tanaman semua, saya lari atas treadmill je.


Larian sejauh 5.04 km. Dapat lencana lari 5 kilometer dari aplikasi Garmin Connect.

Lepas tu, saya stop sekejap, nak ke tandas. Minum kopi masa sarapan pagi tadi, dengan suami. Tak elok tahan, kalau rasa nak buang air kecik. 

Lepas tu, saya sambung lari balik. Saja, supaya hati tenang sikit, sebab kejap lagi nak pelahap mcflurry. Saya jarang makan ni. Biarlah bakor kalori lebih sikit, supaya tak rasa bersalah sangat.


Larian sesi kedua adalah sejauh 6.06 kilometer. 

Beli semalam mcflurry tu, simpan dalam freezer, sebab kenyang. Saya puasa semalam. Masa buka puasa pun dah rasa penuh. Tu yang makan hari ni.

Boleh tahan sedap. Strawberry tu, ada ketulan strawberries. Dah turun ke bawah, dalam gambar di atas. Bila saya makan nak habis, baru nampak strawberries semua duduk bawah. Brownies dia ada rasa sedikit pahit. Tak manis pun saya rasa. Ok, buat layan, di hari yang panas. 😋 Sesekali pekena, dapnya! Alhamdulillah....

Lepas larian sesi kedua, saya buat yoga untuk cool-down.

Lebih kurang 11 kilometer larian dalam rumah hari ni.


Selesai riadah hari ni. 

Hari jumaat terakhir, bulan Syawal. 

Harap para pembaca semua sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan masing-masing. 

Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Salam Jumaat Nor.
    Adeh! Mrs. A 2 hari lari pun baru dapat 9.1km hahahaa gigih nak habiskan sebab dah terjoin #runforpalestine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, rajin Mrs. A join virtual run ye. Kipidap! You can do it!

      Delete
  2. Sedapppnya makan time panas panas hehehe.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya larian sampai 11 kam! Mesti basah lencun dbuatnya.
    Mcflurry dengan ketulan strawberry tu mesti sedapkan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Memang basah lenjun.
      Sedap, Alhamdulillah. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Betul, encik fairus. Lantak lah pace berapa pun. Untuk sihat, keluar peluh. :)

      Delete
  5. Saya pula buat stok soagetti bolognese.
    Hehe aiskrim saya beli dalam bekas 1 liter dah habis.
    Selamat bersenam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu, NA, spagetti bolognese.
      Mekasih. :)

      Delete
  6. Tak sempat nak rasa lagi mcflurry baru ni . PKP ni rasa malas nak keluar gi mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun malas juga, CCL. Tapi nak kena cari makan, bila malas masak. Suami pulak kerja. Order foodpanda, mahal. Kalau keluar, beli sendiri, lebih jimat. Tawakal je la.

      Delete
  7. kesimpulan dia kalau nak cepat kena drive thru. Drive through pun jarang tak beratur panjang. tapi cepat jugaklah dari menunggu food delivery. Sedapnya aiskrim strawberry campur brownies. suka gak brownies pahit pahit sikit. okaylah bergabung dengan rasa masam manis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok keadaan juga la, Fizah. Kalau drive thru ada lebih 5 kereta, baik masuk dalam, order take-away. Hehe..
      Kalau Fizah try mcflurry ni kan, nanti akan ada rasa nak makan brownies pulak, tau. Hehe..

      Delete