Selamat ari raye aji

 11 Zulhijjah 1442 Hijrah.

Selamat Hari Raya Korban pada semua pembaca sekalian. Semalam saya tak online. Baru ingat nak online untuk bayar bil, tapi suami cakap, cuti la. Baiklah, encik. Hehe.. Apa yang dibuat semalam? Makan la, sambil terbongkang layan tv. 😁

Tahun lepas, saya dan keluarga balik Kelantan, kampung suami. Hari Raya Haji memang meriah kat sana. Sembelih lembu kat rumah je, bukan kat masjid. Dalam satu keluarga, mesti ada sorang yang pandai sembelih lembu. Bila masak, daging rasa lembut je. Kalau masak kambing pula, takde bau hanyir kambing. Sedap je. Rempah orang sana tak sama macam rempah kari kita. Lain kali bila dah boleh rentas negeri, saya nak beli rempah kari dan kerutup banyak, buat stok. Hehe.. Lepas tu, masa raya haji sana, rasa gemuk, sebab makan daging banyak. 

Tahun ni, raya di rumah saja di Perak. Suami saya bertugas masa hari raya. Kalau dia dapat cuti pun, bukannya kita boleh rentas daerah atau negeri tahun ni. Apa nak buat. 

Saya tak masak apa-apa menu raya pun, seperti rendang ke. Masak lauk biasa je. Meh tengok hidangan pagi raya semalam.


Ikan keli berlada dan sambal paru goreng tu, lauk tunjuk hari sebelumnya. Saya perangat je. Nugget tak tinggal, masak guna air fryer je.


Ikan pelaling goreng. Saya beli ikan pelaling segar sekilo hari sebelumnya. Saya pun kadang keliru juga nak bezakan antara ikan mabong, ikan kembung dan ikan pelaling, kalau penjual tak letak label nama ikan. Yang saya tahu, ikan mabong besar dari ikan kembung. Ikan pelaling pula, kecik je. Bila goreng garing, sedap.


Budu, letak cili padi, bawang dan limau nipis. Ayam gunting beli petang hari sebelumnya. Ada budak tak makan, jadi perangat. Ayam gunting yang brader ni jual, sedap. Dia banyak kali celup tepung. Isi ayam pun tebal. Selalu beli dengan brader ayam gunting ni. Support peniaga kita. Selain tu, ada ulam kacang panjang dan bendi. Bendi adalah ubat sakit lutut. Rahsia saya boleh lari jauh, bendi la. Tak perlu beli supplement kat farmasi tu. Celur camtu je. Dulu saya pun tak suka makan bendi, sebab lendir dia tu. Tapi dah tua, baru tahu khasiatnya. Makan je. Bendi warna hijau light tu, sendiri tanam. Bendi yang warna hijau dark tu, beli kat kedai. Ada 1 je pokok bendi kat rumah. 

Makan lauk simple macam ni pun dah sedap. Budu sedap! 😋

Itu cerita hidangan semalam. Hari ni pun, lauk lebih kurang sama. Saya tak sempat masak nasi dan lauk pagi ni. Suami balik kerja shif malam, sampai rumah pukul 8 pagi, dia tolong masak lauk. Nasi semalam masih ada, perangat je.


Sarapan saya pagi ni adalah nasi dengan ikan pelaling goreng dan sayur kobis campur lada benggala, yang dimasak oleh suamiku tersayang. Hehe... 

Sesekali makan lauk suami masak memang sedap. Dah tak lalu makan benda masak sendiri. Rindu air tangan orang tua. Huuuu.... 

Setelah 2 hari tak beriadah, iaitu hari Isnin dan Selasa. Hari Isnin puasa hari Arafah dan semalam pula hari raya haji. Pagi tadi, saya berlari di kejiranan.


Larian hari ni adalah sejauh 11.13 kilometer. Tak larat lari, sebab makan banyak. Betis ada rasa sedikit lenguh sebab hari Ahad lepas lari half marathon tapi tak buat recovery keesokannya. Takpe, slow-slow. Alhamdulillah.

Ok lah.

Semoga urusan anda semua pada hari ni dipermudahkan, ye.

Oh, lupa nak cakap. Saya dah dapat tarikh temujanji untuk vaksin covid pada hari Jumaat ni. Terkojut saya semalam. Dapat sms, dia suruh check tarikh temujanji di mySejahtera. Takut pulak saya. Bukan takut jarum. Tapi sebab suami saya ada cerita, yang jarum tu orang cucuk je, tapi tak picit pun vaksin tu masuk. Lepas tu, ada yang ada nanochips la, letak magnet, lekat kat lengan. Ish, macam-macam. Tawakal je la. 

Jumpa lagi, ye. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

34 comments:

  1. Saya pun ada dapat paru goreng daripada sepupu, buat paru sambal.
    Haha saya ada makan vitamin untuk sendi dan otot,senang bangun daripada tahiyat awal.
    Bendi selalu makan dalam dalam lauk. Nanti cuba makan separuh mentah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat tahu manfaat bendi, semua lauk sedap, inshaAllah bila reda semua ni bolehla ambil rempah ratus di kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya lebih suka lauk simple-simple macam ni, babypose.

      Delete
  3. Lama tak makan ikan keli berlado tu. Tapi jarang jumpa yang merah. Banyak kedai jual yang lada hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Sini agak senang juga la, nak cari. Yang merah dia kurang pedas, guna cili merah. Yang hijo akak pernah makan, pedas giler, Bola Katok. :)

      Delete
  4. MAR RI YE Nur...!

    Ikan keli berlada tu tak menahan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat ri ye, uncle.
      Betul tu, uncle, selera makan nasik, ada ikan keli berlado. :)

      Delete
  5. Salam Aidiladha. Betul tu Nur, bendi memang ubat sakit lutut.

    ReplyDelete
  6. Betul Nur. Rempah di Kelantan ada macam-macam jenis. Kadang-kadang saya beli juga rempah dari sana kalau ada kawan yang balik. Tapi sejak PKP dah tak kirim lagi.
    Tahniah. Dapat giliran suntik vaksin. Fikir yang baik-baik sahaja, in syaa Allah semuanya akan baik-baik juga.

    ReplyDelete
  7. wah lama tak ziarah sini blog kak nur dah bertukar wajah lah. selamat hari raya aidil adha kak nur!

    semua lauknya sedap belaka. lagi simple lagi umph! saya pernah menyambut raya haji beberapa kali dikelantan. Meriahnya memang terasa lagi meriah dari raya biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, lama tak nampak Alien Oren. Selamat hari raya aidiladha, Alien Oren. :)
      Betul, raya haji di kelantan sangat meriah, banding raya puasa.

      Delete
  8. lauk2 simple tapi menyelerakan
    lebih2 lagi ada budu

    ReplyDelete
  9. Tahniah Nur, akhirnya penantian yg dinanti...
    Btw salam aidil adha buat Nur sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ako. Alhamdulillah.
      Salam aidiladha untuk Ako juga. :)

      Delete
  10. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Nur sekeluarga. Seronok tahun lepas dapat juga balik kampung. Tahun ni kita raya PKP. Saya rasa PKPD. esok baru bebas PKPD. Tapi macam tak ada beza tetap tak boleh kemana² pun.

    Lauk simple tapi menyelerakan tu kak. Saya punn kurang arif bab membezakan ikan tu. noob betul saya.

    Selamat berlari semula selepas rehat :) Tahniah dah dapat tarikh untuk cucuk vaksin. Semoga dipermudahkan urusan akak nanti. Aaaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Fizah. Raya di rumah saja.
      Mekasih, Fizah. Alhamdulillah, akak dah selamat cucuk vaksin dos pertama semalam.

      Delete
  11. Nugget menu wajib ke kak nur?
    Alhamdulillah dah dapat tarikh vaksin. Semoga dipermudahkan segala urusan kak nur. Nanti cucuk kak nur tengok jarum, takut orang cucuk jarum kosong ajee sebab dah ada kes berlaku macam tu. Apa apa pun semoga baik baik sahaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan wajib juga, Atiqah. Anak-anak suka nugget. :)
      Mekasih, Atiqah. Akak dah selamat vaksin semalam, dos pertama. Akak tengok masa dia cucuk. Tapi dia pandai tutup dengan tangan dia, cuma nampak dia tolak picagari masuk dalam, bahagian dalam yang ada vaksin tu, tak nampak pulak. Hehe..

      Delete
  12. Ikan keli berlada tu yang membangkitkan selera..

    ReplyDelete
  13. Simple. Janji family happy dan kenyang

    ReplyDelete
  14. Kalau beraya kampung mertua di terengganu memang meriah sambutan raya, tapia menu raya akak bebetul simple janji ada ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takde rasa nak raya, Dana. Masak je la apa yang ada. :)

      Delete
  15. mat ri ray jugaaaaa..wah sempat lagi tu riadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat ari raya, anakdenesor.
      Selagi boleh lari, kita lari je, hehe..

      Delete
  16. ikan keli tu buat tambah nasi nur

    ReplyDelete