Monday, 18 January 2021

Akhirnya tiba

 Pagi tadi, tiba-tiba saya rasa macam nak potong rumput. Geram tengok rumput panjang. Suami suruh panggil orang potong rumput. Tapi saya malas la. 

Saya tak habis potong lagi. Giler tebal rumput rumah saya. Walaupun kawasan berumput takdela seluas mana. Mesin rumput manual ada, tapi saya malas nak menolak, sebab benda tu keluarkan bunyi. Peberet tool saya untuk menebas adalah sabit. Sambil potong rumput, saya cabut pokok cili tua. Ada yang ada kulat putih bawah daun tu. Bila kita kacau pokok, berterbangan serangga putih kecik tu. Jadi, saya cabut je la pokok yang ada menatang tu. Pastu transfer pasu kosong ke tapak semaian di tepi rumah. Gitula, kulu kelor, kulu kelor, pukul 12 tengahari juga baru saya masuk rumah. Huh, cepat betul masa.


Ini adalah sabit saya. Ia sangat tajam. Setiap kali lepas guna, saya akan asah dengan batu pengasah, sebelum dilap dengan kain dan disimpan dalam rak. Kalau terjadinya zombie apocalypse, inilah senjata yang saya akan pakai untuk bunuh zombie. Ye la, kita takde pistol kan. Ok, saya dah terlampau banyak tengok cerita zombie.

Lepas zohor camtu, bunyi tin-tin, poslaju mai. Ketibaan yang dinantikan, tali skipping baru, yang saya menang dari Year End Skipping Challenge. Tadaaa...

They Run, We Fly by Rush Athletics

Ingat ke, hari ni tak riadah dah. Sebab dah menebas sampai ke tengahari. Tapi semangat datang bila tali baru tiba. Apa lagi....


1 jam saya jump rope, dengan tali baru, hehe.. lain maciam tali ni. Tak serupa dengan tali saya yang lain-lain. Saya test dengan rutin berikut:

10 basic bounce

1 criss cross

Repeat sampai tak larat. 😅

Best giler! Tak sangkut la! Tapi dah tentulah kena adjust tali dia dulu. Saya potong je lebihan tali yang panjang tu. Cara nak adjust panjang tali, pijak kat tengah-tengah tali. Kedua handle sepatutnya dalam paras ketiak camtu. Kalau lebih, panjang sangat, boleh sangkut time lompat. Banyak tutorial kat youtube ajar camana nak adjust panjang tali. Ada orang tak suka potong, dia buat simpul atau knot. Terpulang pada citarasa masing-masing.


Selepas 1 jam jump rope, saya jogging kejap dalam rumah, sejauh 1.26 kilometer, dalam masa 16 minit.

Alhamdulillah. 

Yay! 

Hari Ahad, Masak Maggi

 Macamana korang boleh update blog setiap hari? Ada blog yang satu hari, sampai 3 entri boleh update. Terer la korang. Saya tak boleh nak buat setiap hari. Ada je benda yang berlaku. Bila dah malam pulak, mata nak tidor je. 

Semalam, hari Ahad, saya tak masak sarapan pun. Hari Ahad, hari cuti masak. Err, ye ke. Hehe...

Sebab saya tak sediakan sarapan, suami pi keluar beli nasi lemak. Jadi, saya boleh jogging dalam rumah lebih awal.


Semalam, saya jogging sejauh 7.02 kilometer, dalam masa 1 jam 27 minit.

Lepas jogging, saya jump rope pula selama 15 minit.

Takde apa pun buat semalam, selain lepak-lepak, layan tv dengan suami. Dia off kerja. 

Bila lepas zohor camtu, perut lapor. Saya masuk dapur sat, goreng maggi. Hehe.

Maggi goreng meatball

Dalam peti ais ada meatball, yang guna untuk bakso tu, saya campak meatball dan isi ayam dari ayam goreng, lauk semalamnya. Maggi pulak saya guna maggi kering kosong. Ada jual, yang tanpa perencah tu. 

Makan maggi dengan chopstick

Sambil tengok movie, makan maggi, sedap tau! 😋

Nasib baik maggi goreng. Kalau maggi kuah, slurp slurp, bagi bunyi hirup kuah kuat-kuat. Kiki... berangan macam orang korea.

Petang macam tu, lepas Asar, suami ajak keluar, jalan-jalan. Saya duduk dalam kereta je. Suami bawak pusing ke sana, ke sini, tapi tak turun pun. Bila pi Teluk Batik, tengok kawasan pantai dibuka. Saya pun jadi pelik, sebab tak silap saya, time PKPB, kawasan rekreasi bukan ditutup ke? Entah, saya pun tak tahu. Lepas pusing Teluk Batik, pusing pekan Lumut. Pastu pi kat Manjung, tengok kawasan pasar malam, ramainya manusia. Memang orang dah malas dah kot pasal covid ni. Nampak orang rileks je, pi pasar malam, ramai orang, ingat ada jarak ke 1 meter antara satu sama lain? Ha, sila jawap sendiri. Ini macam kalu, saya tak heran pun kalau kawasan Manjung yang kuning, boleh jadi merah satu hari nanti. Dah tu, malas nak pikio. 

Ok, babai.

Saturday, 16 January 2021

Larian Sabtu dan Birthday Anak Sulung

 Hai... selamat hari Sabtu, semua... 😊

Pagi tadi, lepas Subuh, seperti biasa, saya kemas dapur sambil memikio apa nak buat untuk sarapan. Pikio punya pikio, saya rebus telor. Saya nak buat sandwich.


Butter kat rumah dah habis. Tapi saya sengaja tak masukkan dalam shopping list hari tu, sebab saya nak habiskan garlic spread dulu. Kita licinkan dulu barang apa ada dalam peti ais, baru kita beli barang baru. Jadi, satu kelainan hari ni, sandwich telor rebus, ada rasa garlic. Hehe.. 

Pagi tadi, saya slowjog lepas buat sandwich. Saya jogging sejauh 6.02 kilometer, dalam masa 1 jam 20 minit. Ha ah, lama. Sebab bila tengah jogging, nampak sampah, pi ambik penyodok dan penyapu, sapu rumah sat. Sambil jogging, sambil buat kerja-kerja selingan. 


Selepas habis jogging, saya buat yoga selama 13 minit. Gambar di atas, saya dapat 2 tong sandwich telor rebus. Semasa entri ni ditulis, tinggal 1 tong saja atas meja makan, tak silap saya perasan tadi, tinggal 2 keping sandwich. Snek dari pagi sampai malam. 


Saya dapat badge di atas, dari aplikasi Garmin Connect, iaitu aplikasi jam lari saya. Sudah pun melepasi 50 batu berlari di bulan Januari 2021 ni, atau dalam kiraan kilometer, 80.5 kilometer. Alhamdulillah. Tak perlu paksa diri lari jauh-jauh, ikut kemampuan badan sendiri, dan kita enjoy!

Hari ni birthday anak sulung saya. 


Gambar anak sulung saya, bersama anak kedua yang masih dalam pantang tak silap, waktu tu. Abang ngah tak larat angkat kepala. Hehe.. Abang Long happy dapat adik. Dia lama main sorang-sorang. 

18 tahun yang lepas, saya lahirkan Abang Long secara pembedahan. Kedudukan baby songsang. Saya banyak duduk je. Cucu pertama dalam keluarga saya. Bila lahir secara pembedahan, saya jadi sedor diri sikit. Tamparan pertama buat saya, macam "Bangun! Bangunlah woi! Jangan jadi couch potato sangat la! Mahal wei, kena operate beranak beribu, dah la laki ko sorang yang kerja!" Gitulah yang bermain di fikiran saya waktu tu. 

Bila mengandung anak kedua, saya banyak brisk walk. Alhamdulillah, saya beranak normal anak kedua, cuma jarak selang masa tu, 3 tahun antara 2 beradik ni.


Tiga orang putera saya, masa dia orang ada program cuti sekolah. Gambar lama. 


Abang Long, masa last penyampaian hadiah sekolah dia, dia dapat sijil penghargaan dan KFC, sebab dia berjaya wakil sekolah dalam kejohanan catur, sampai peringkat wakil Manjung. Bila lawan dengan daerah Perak Tengah, dia kalah. 

Hari ni, Abang Long dah pun 18 tahun. Masa saya 18 tahun, saya dah kerja di Guardian pharmacy dah, jadi cashier, sementara tunggu keputusan SPM. Tapi anak sulung belum lepas SPM lagi. Covid punya pasal. Masa yang berlalu takkan kembali. Tapi pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sekarang.

Saya selalu doa supaya anak saya tak tinggal solat. Saya akan terima apa saja keputusan periksa dia. Saya takdela pentingkan sangat akademik tu. Dulu ye, saya selalu suruh anak dapat A dalam semua subjek. Tapi dah tua-tua ni, saya cuma harapkan anak saya dapat sedekah yassin atau alfatihah selalu kat saya, bila saya dah takde. 

Anak-anak membesar dengan cepat. Abang Long pernah merasa tinggal di nursery sekejap, sebab masa dia 2 tahun, saya kembali bekerja sat. Tapi tak lama, sebab suami dapat transfer ke Perak dari KL, dan saya pun resign kerja. 

Bila ada masa terluang, saya selalu akan habiskan dengan anak-anak. Seperti tutup wifi sekejap, dan main board game.


Gambar di atas adalah masa saya dan keluarga pergi ke KL, tahun 2019, untuk event Putrajaya Night Marathon. Dua di depan adalah kakak-kakak saya. Kami pergi the Curve, Damansara, main laser tag. Sekarang ni, dah tak boleh dah la kan. 

Sementara ada masa ni, marilah kita habiskan dengan keluarga kita, ye. 💓

Ok, berbalik kepada cerita hari ni. Suami saya balik dari urusan kerja, dia beli keepci.



Banyaknya suami beli. Set 15 ketul. 😋 Suami juga suruh saya beli kek. Foodpanda je. 


Kek Chocolate Indulgence dari Harold. Alhamdulillah. Sedap!

Selain birthday Abang Long hari ni, 16 hb. Birthday suami saya adalah 18 haribulan. Jadi, celebrate sekali tiap-tiap tahun. Abang Long tak nak kek, dia cakap. Makan saje, dah la. Tapi suami insist juga. Bukan selalu, makan kek.

Ok. Tu saja cerita hari ni.

Salam hari Sabtu semua. Anda keluar ke hari ni, jalan-jalan? Saya masih tak keluar rumah lagi. Kalau keluar tu, be safe ye. 

Jumpa lagi. 😊