Monday, 1 February 2021

Riadah Isnin dan My 1st Virtual Run

 Marilah kita mulakan hari kita dengan penuh semangat! Berusaha! 😊

Hari ni, hari Isnin, saya bangun awal pagi, dan selesaikan tugas memasak awal. Bukan saja saya sediakan sarapan, saya juga masak untuk lauk satu hari.


Saya goreng ikan kembung rebus. Saya buat macam masak ikan pekasam. Lepas goreng ikan, saya asingkan. Lepas tu, saya goreng bawang dengan cili, kemudian tuang atas ikan. Hehe...


Saya juga masak sambal tumis ikan bilis. 


Juga, saya goreng ayam buat anak yang kurang suka makan ikan.

Lepas suami hantar Abang Long ke sekolah, kami pun sarapan sama. Saya tak intermittent fasting dah. Lepas sarapan, siram pokok. Lepas siram pokok, baru saya berlari dalam rumah.


Pagi tadi, saya lari sejauh 5.02 kilometer.
Masa berlari: 59 minit 32 saat.
Jumlah kalori terbakar: 297

Lepas lari, saya buat yoga sekejap.


Lebih kurang 17 minit saya buat yoga. 

Hari ni saya rasa letih, sebab banyak hari saya tak berlari. Hari ni baru nak start semula. Semoga istiqamah. Berusaha!

Hari ni punya aktiviti, saya submit untuk satu virtual run. Tak pernah-pernah saya join virtual run ler. Tapi saya masuk yang percuma saja. Buat permulaan. Tadaaaa.....


Tak kira la ranking nombor berapa, yang penting habis. Saya memang pelari siput. 🐌

Suka saya! 

Yay! Ok la. Sekian cerita hari ni.

Semoga kita dapat improve diri kita menjadi lebih baik dari semalam.

Jumpa lagi ye. 😊

Laporan Januari

 Bulan Januari 2021 telah melabuhkan tirainya semalam. Cepat betul masa tu berlalu. Marilah kita tengok rumusan aktiviti larian saya sepanjang Januari.


Januari 2021

Jumlah jarak larian: 115.9 kilometer

Purata larian sehari: 3.7 kilometer

Purata larian seminggu: 29 kilometer

Total kalori terbakar Januari: 5,696

Yang nampak palang oren-oren dalam gambar di atas, adalah hari saya berlari.

Bila saya lari, saya lariiiiiiii je.

Bila saya ambil satu hari off, tak jadi satu hari, dia jadi banyak hari offfffffff je. 😅

Saya bukan pelari yang hari ni lari, esok cuti, lusa lari. Bukan. All about momentum. Tu pasal kalau saya lari, saya cuba untuk konsisten. Tapi kadang tu, ada benda berlaku. Tak sempat lari. Bila dah tak lari, manjang rasa malas. Tapi bila saya start lari, ok ler. Langkah pertama adalah paling sukar. Bila nak start setelah banyak hari tak lari.

Baru hari tu, saya cerita, saya buat intermittent fasting, dan berat saya 56 kg kan. Setelah 4 hari tak lari, dan tak buat IF, berat saya hari ni 58.5 kilogram. 


Aplikasi BookDoc cakap, berat saya ideal. 

Ada satu hari, selepas hari-hari saya dok intermittent fasting (IF) tu, saya ada rasa light headed. Bila saya bangun setelah duduk, ada gelap mata sikit. Badan saya rasa macam tak cukup keperluan kalori dalam sehari. Ini terjadi bila saya buat kerja berat seperti berkebun atau mengangkat pasu kat luar rumah, dalam cuaca panas. Kalau saya duduk dalam rumah saja, saya rasa ok. Yang saya nak share di sini adalah, kalau anda mengamalkan IF, elok kalau ada satu hari cheat day. Satu hari, tak yah IF, makan mengikut jumlah kalori yang anda perlukan.

Saya nak kurangkan fikir pasal berat badan dah. Sebab BMI saya dah ok. Suami saya cakap, saya dah kurus dah. Makan ler. Tulang je tinggal kat belakang badan tu. Ye la, saya dengar cakap suami saya. 

Saya juga terpengaruh dengan sorang kawan blogger kita, yang juga seorang runner, iaitu Adinda Baizura Mazlan. Beliau ada menggunakan aplikasi BookDoc dan 42Race. Hehe..  sebenarnya, BookDoc tu, suami saya pun ada guna, ofis dia memang suruh dia submit jumlah steps setiap hari. So ok, nanti apa-apa, saya akan update sini. Mana tahu, kot saya register virtual run, saya jadi lebih rajin lari dalam rumah.

Hehe, baiklah. Jumpa lagi. 😊

Bercucuk tanam

 Semalam hari Ahad, saya ada bercucuk tanam sikit. Saya duduk di tapak semaian saya.


Tapak semaian ni terletak di tepi rumah. Kawasan ni ditutup, rupa dia macam reban ayam. Ini adalah supaya kucing saya tak boleh masuk dan buang air di dalam pasu dan tanah yang ada di situ.
Semalam, saya menggembur tanah dalam pasu yang available, dan saya semai biji benih. Saya nak tanam pokok bunga. Saya tak mau tanam sayur dah. Nak tukar angin.


Bila kita bekerja dengan tanah, kita akan jumpa beberapa binatang. Selalu yang saya jumpa adalah lipan. Kalau lipan, saya akan bunuh. Tak kira apa benda yang saya tengah pegang, kalau saya tengah pegang penyodok kecil, dengan penyodok la saya akan kerat-kerat lipan tu. Lipan adalah binatang berbisa, saya tak boleh biar hidup. Kang dia masuk tanah mana, lepas tu, mungkin keluar kat kaki saya ke, tak boleh biar, jadi saya bunuh. 
Selain lipan, saya selalu jumpa cacing. Rugi pulak takde yang memancing. Kalau tak, boleh bagi cacing, buat umpan. Cacing ada yang panjang, yang pendek, yang halus, yang besor. Ish ish, geli geleman saya tengok. Tapi saya tak bunuh cacing, sebab cacing bagi pengudaraan dalam tanah, sekaligus, dia adalah penggembur tanah yang baik. 


Ini adalah beberapa pasu yang saya sempat semai semalam. Saya semai biji benih beberapa pokok bunga. Errr, tak yah bagitau la sini. Nanti kalau dia tumbuh, baru saya tunjuk ye. Malulah, kalau tak jadi. Saya budak baru belajar. Setiap pasu, saya label dengan nama pokok dan tarikh semai. Semoga tumbuh dengan subur. 

Punyalah ralit bercucuk tanam semalam, suami saya yang masuk dapur, memasak. Saya sangat beruntung kerana punya suami yang baik dan memahami. Alhamdulillah.


Suami saya masak nasi goreng semalam. Sedap. 😋

Lepas tu, suami ada kutip ulam raja yang ditanam depan rumah. Cicah budu. Sebelum tu, awal pagi, dia dah keluar beli kueh dan nasi untuk sarapan. Kueh akok pun dia ada beli.


Jadi, itu je la cerita semalam. Saya tak riadah juga semalam. 

Hari Ahad, hari bermalas-malasan. 😁

Jumpa lagi ye.